Followers

Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Tuesday, March 26, 2013

KENALI APA ITU PETROLEUM


Batu dan Minyak
Perkataan Petroleum berasal daripada perkataan Greek iaitu "petros" dan Latin, "oleum" yang membawa maksud "batu" dan "minyak". Sebelum "petroleum" diberi nama oleh Mineralogist German, Georg Bauer pada tahun 1556 orang ramai menyebutnya sebagai "minyak batu".



Betul ke petroleum berasal daripada dinosaur?
Memang menjadi pengetahuan am kepada semua bahawa petroleum berasal daripada dinosaur yang reput di bawah laut tetapi tahukah anda teori itu sebenarnya salah. Ada saintis berpendapat bahawa petrol bukan berasal daripada dinosaur tetapi datangnya daripada plankton yang reput dan terurai berjuta tahun lalu. Ada saintis mengatakan pula bahawa petroleum berasal daripada sisa karbon lama yang berada di perut bumi. Teori ini nampak agak kabur namun ia adalah teori Dmitri Mendeleev, pencipta jadual berkala.


Petroleum Menurut Islam
Dalam Islam petroleum dikaitkan dengan pokok. Mungkin ramai daripada kita yang tidak tahu bahawa sebenarnya misteri asal Petroleum telah disebut 1400 tahun lebih awal di dalam Al-Quran.

” Dan Allah telah menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan menjadikannya kering hitam”
(Surah Al- A'laa: Ayat 4-5) 
  
Ramai saintis berpendapat bahawa hidrocarbon atau petroleum berasal daripada bahan organik seperti tumbuhan reput dan plankton. Proses penguraian yang terdedah dengan bakteria dan proses kimia jutaan tahun menjadikannya petroleum yang hitam. Kemudian Al-Quran menyebut lagi :

” Iaitu Tuhan yang menjadikan untukmu api dari pokok yang hijau; maka tiba-tiba kamu dapat menyalakan api daripadanya”
(Surah Yasin: Ayat 80)

Seperti yang kita tahu kayu sememangnya bahan bakar yang digunakan oleh masyarakat terdahulu. Namun hari ini untuk menggerakkan kenderaan, bahan bakar yang diperlukan adalah petrol. Tahukah anda bahawa pokok diperlukan untuk menghasilkan sisa karbon yang dijelaskan oleh Dmitri Mendeleev. Ia dipanggil Kitaran Karbon di mana setiap kejadian bahan karbon memerlukan karbon dioksida dan oksigen untuk proses kimianya. Tanpa dua elemen ini mustahil petroleum dapat terhasil. Tahukah anda karbon dioksida dan oksigen datangnya daripada pokok yang hijau. Jelaslah apa yang dikatakan dalam Al-Quran.


Kegunaan Masyarakat Purba
Manusia sudah menggunakan Petroleum semenjak dulu lagi. Asphalt digunakan sewaktu zaman Babylon sebagai mortar untuk bangunan dan pembuatan kapal kalis air. Tar pertama digunakan semasa abad ke-8 untuk kegunaan jalan. Kerosene mentah digunakan untuk lampu. Zaman Byzantine pula petroleum digunakan sebagai senjata api kerana keunikannya yang sukar dipadamkan dengan air.


Petroleum Muncul, Paus Selamat
Tahukah anda ikan paus diburu semasa abad ke-19 kerana minyaknya. Kegunaan minyak paus sangat meluas pada waktu itu. Daripada kegunaan pelincir hinggalah ke bidang farmasi, minyak paus menjadi keperluan utama pada waktu itu. Namun permintaan minyak paus mula merundum pada 1980-an kerana Petroleum telah muncul sebagai komoditi utama dunia kerana kegunaannya yang pelbagai.


Waktu Harga Rendah, Petroleum Paling Tak Bernilai
Sewaktu harga minyak dijual dengan harga rendah pada tahun 1910, kerosene hanya digunakan sebagai bahan pembersih kotoran pada baju dan bahan untuk membunuh kutu. Sehinggakan pada waktu itu gasoline hanya menjadi bahan buangan kilang di sungai.

sumber dari google

Sunday, March 10, 2013

JASA PERWIRA......


Tanpa kita sedari..

Kita hidup bahagia diatas titisan darah perwira kita,
Kita ketawa hari ini diatas tangisan keluarga perwira,
Kita hidup tenang sedangkan Keluarga mereka kerisauan,
Kita meneruskan hidup di atas pengorbanan perwira,
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul!

Hargai perwira kita dan renung renungkan

Bagaimana Jika Isteri Lebih Tua Dari Suami?


bagaimana kita ingin mengendalikan sebuah perkahwinan jika ditakdirkan isteri kita lebih tua atau berusia dari kita.

Berkahwin dengan wanita yang jauh lebih tua dari kita memang boleh mengundang pelbagai dugaan dan cabaran. Tapi usah risau, dalam menempuh pelbagai cabaran tersebut, ada kebaikkannya juga jika kita berkahwin dengan isteri lebih tua.

Salah-satu cabaran yang biasa akan anda sebagai suami muda akan tempuh ialah isteri yang lebih berusia dari anda sifat cemburunya yang agak kuat. Ye lah kan, suami lebih muda, kalau suami jeling sikit pada wanita yang lebih muda atau seusia dengan anda, pastinya isteri anda itu akan cepat terasa. Cemburu la katakan. Tapi takpe, itu tandanya dia memang sayangkan anda.

Bagaimana pula jika anda berada dalam situasi seperti ini?

Berikut saya kongsikan satu tips yang boleh anda cuba amalkan jika isteri anda naik jealous dengan anda:
Cepat-cepat pujuk isteri anda sambil berkata, “Abang tengok perempuan tu sebab dia cantik hanya di mata Abang. Tapi hanya Ayang sorang yang tetap teguh bertakhta di hati Abang selamanya. Kecantikan perempuan tu nanti akan pudar juga ditelah usia. Tapi cinta dan sayang Abang kepada Ayang, takkan sesekali pudar di telan usia.”

Ok, sekarang kita bincangkan pula soal dari segi persediaan yang perlu anda lakukan dalam menempuh alam perkahwinan bersama wanita yang lebih berusia dari anda.

Persediaan yang paling penting dan utama perlu anda beri sepenuh fokus ialah dari segi mental dan rohani.

Caranya ialah dengan melengkapkan diri anda dengan seberapa banyak ilmu yang boleh tentang mengendalikan hubungan rumahtangga. Tak lupa juga hal-hal berkaitan agama dan fiqh munakahat (perundangan rumahtangga Islam). Baca buku atau nak mudah cari sahaja info di Internet, boleh juga cari di bahagian keluarga dalam HarianIslam.

Dengan adanya ilmu, lebih mudah anda kelak sebagai suami untuk melayari dan menjadi nakhoda bahtera perkahwinan anda. Segala konflik rumahtangga mampu anda selesaikan dengan tenang.

Antara kelebihan-kelebihan kita berkahwin dengan wanita yang lebih berusia adalah:
  1. Mengikut kajian, wanita yang lebih berusia ini lebih penyayang, mengambil berat pasangan, pandai mengambil hati suami serta daya pemikirannya lebih matang.
  2. Mempunyai tahap kesabaran yang lebih tinggi dan akan lebih tenang jika berhadapan dengan sebarang konflik. Ini kerana dia mampunyai pengalaman hidup yang lebih banyak berbanding suami.
  3. Sunnah Nabi SAW. Rasullullah kan berkahwin dengan Siti Khadijah RA yang jauh lebih tua. Betul tak?

Jika kita memang telah dijodohkan dengan wanita yang lebih tua, terimalah dan panjatkanlah rasa syukur kepada Allah SWT. Laluilah perkahwinan tersebut berpaksikan iman dan taqwa. InsyaAllah, perkahwinan anda mampu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Rujuk artikel: Adakah Dia Jodoh Yang Sesuai Buat Kita

Cuma satu nasihat yang perlu dipegang oleh si isteri terutamanya sekali. Walaupun isteri berumur lebih tua dan memilikki pengalaman hidup yang lebih banyak, martabat suami sebagai ketua, pemimpin dan nakhoda anda tidak boleh sesekali dilupakan.

Suami masih tetap wajib anda patuhi dan hormati segala keputusannya. Anda sebagai isteri boleh memberi pandangan dan pendapat. Hormatilah suami anda seperti mana anda menghormati orang yang lebih tua dari anda. InsyaAllah diri anda dan rumahtangga anda akan mendapat barakah dari Allah SWT.

SOTONG KERING LEBIH BAHAYA DARI MEROKOK.....




Sedarkah anda, selalu makan sotong kering lebih merbahaya dari merokok.
Dalam mazhab Hanafi, sotong adalah haram dimakan.

Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat

PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.

Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.

"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.

"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.

CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.

Para penggemar sotong pasti kecewa apabila mengetahui makanan laut itu sebenarnya mengandungi logam sejenis kadmium yang boleh didapati dalam bateri, plastik serta baja fosfat.

Kandungan kadmium tersebut juga dikatakan mampu menyebabkan peminatnya berisiko menghidapi kanser payu dara dan prostat serta berupaya mengakibatkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik.

Pendedahan mengejutkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) itu turut mendedahkan bahawa makanan laut kering lain seperti tiram dan udang juga mengandungi kadmium.

Menurut persiden CAP, S.M. Mohamed Idris, hasil ujian yang dilakukan oleh pihaknya mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering agak membimbangkan malahan ada yang melebihi empat kali ganda daripada kadar dibenarkan.

“Dalam satu ujian secara rawak, enam sampel sotong kering diuji untuk mengesan kandungan kadmium. Hasilnya, lima sampel mengandungi cadmium dengan tiga daripadanya melebihi piawaian keselamatan.

“Mengikut Peraturan Makanan 1985, jumlah kadmium yang terkandung dalam makanan tidak seharusnya melebihi 1.00 bahagian persejuta,” katanya pada siding akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Kadmium digunakan dalam galvani dan elektropenyaduran dalam bateri, konduktor elektrik pembuatan aloi, pigmen dan plastik selain memantapkan baja fosfat.

Mohamed Idris berkata, selain menjadi bahan kimia pengganggu endrokrin (EDC), kadmium juga mempunyai kesan buruk ke atas organ tertentu dalam tubuh kerana kadar serapan bertambah jika kekurangan kalsium dan zat besi.

Katanya, kadmium dibawa menerusi aliran darah oleh sel-sel darah merah dan molekul protein yang besar.

“Kebanyakan beban kadmium dalam tubuh terkumpul dalam hati dan buah pinggang. Walaupun buah pinggang menjadi organ sasaran kadmium kesan-kesan lain mungkin berlaku dalam tulang dan perut.

“Ini diperhatikan melalui satu sindrom yang berlaku di Jepun di mana pesakit mengalami sakit tulang teruk serta osteomalasia (pelembutan tulang),” jelasnya. —

Friday, March 8, 2013

REnung2 kan - Orang Dan Peluang


Thursday, March 7, 2013

Kandungan Merbahaya Di Dalam Mi Segera...


Al-Baqarah, ayat 67-68: Jangan terlalu banyak meminta dan melampau


Selepas Allah s.w.t menceritakan balasan yang dikenakan kepada Ashab al-Sabt yang ditukar rupa mereka menjadi kera-kera yang hina sebagai satu pengajaran kepada orang yang bertakwa, di samping sebagai hukuman pencegah bagi orang di masa itu, Allah meneruskan lagi perbincangan mengenai kisah kedegilan serta keangkuhan kaum Bani Israel terhadap Nabi-Nya, Musa a.s, dengan memperolok-olokkan suruhan dan arahan-Nya.

Sayyid Qutub berkata dalam Fi Zilal al-Quran, berkata: Pada akhir pelajaran ini diceritakan kisah lembu dengan terperinci dalam bentuk cerita, bukannya semata-mata sentuhan sepintas lalu sahaja seperti kisah yang lain. Kisah lembu ini tidak pernah disebut dalam Surah-surah Makkiyyah sebelum ini dan tidak pernah pula disebut di tempat-tempat yang lain. Ia menggambarkan sifat keras hati, degil, enggan menurut perintah dan berpura-pura membuat alasan-alasan yang menjadi sifat Bani Israel.

AYAT 67 & 68

Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”. Mereka berkata: “Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?” Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut).”

Mereka berkata pula: “Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?” Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya.”

Firman Allah Taala Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina.”

Al-Mawardi berkata: Lembu betina dinamakan baqarah sedangkan lembu jantan dinamakan thaur. Dinamakan lembu betina dengan baqarah kerana diambil daripada perkataan ‘memecahkan’ seperti katanya: Merobek perutnya apabila dipecahkan. Ini kerana ia digunakan untuk membajak tanah ketika berladang.

Surah ini dinamakan dengan nama Surah al-Baqarah bersempena dengan kisah ini.

Terdapat dua riwayat berhubung dengan sebab nuzul ayat ini.
Ibn Sirin meriwayatkan daripada Ubaidah katanya: Adalah di kalangan Bani Israel seorang lelaki yang mandul, tanpa anak sedangkan beliau mempunyai harta yang banyak, yang mewarisinya ialah anak saudaranya. Lantas beliau membunuh dan membawanya pada waktu malam ke perkampungan lain, kemudian diletakkan di depan pintu rumah seorang lelaki. Apabila menjelangnya pagi, dia mendakwa orang tersebut membunuhnya sehingga mereka semua mengangkat senjata dan hampir-hampirlah berlaku peperangan. Kemudian mereka datang kepada Musa untuk menyelesaikan masalah ini, lantas Musa memerintahkan mereka menyembelih seekor lembu betina.

Pendapat ini hampir sama dengan kenyataan yang disebut oleh al-Mawardi dalam tafsirnya al-Nukat wa al-`Uyun.

Al-Suddi meriwayatkan daripada guru-gurunya bahawa seorang lelaki di kalangan Bani Israel mempunyai anak perempuan dan anak saudara lelaki yang fakir. Anak saudara tersebut ingin meminang anak perempuannya tetapi tidak diizinkan oleh bapa saudaranya sehingga menyebabkan dia marah seraya berkata: “Demi Allah, aku akan bunuh bapa saudaraku dan ambil hartanya, begitu juga mengahwini anak perempuannya dan makan diahnya”. Kemudian beliau datang kepada bapa saudaranya seraya berkata: “Telah datang rombongan peniaga pada sebahagian Asbat Bani Israel. Marilah bersamaku dan ambillah untukku daripada perniagaaan mereka. Mudah-mudahan aku dapat padanya sedikit habuan”. Kemudian keduanya keluar. Apabila hampir sampai, lantas dibunuhnya dan pulang. Kemudian pada waktu pagi beliau datang seolah-olah mencari bapa saudaranya dan tidak diketahui di mana dia. Ketika itu kumpulan peniaga sedang berhimpun lantas beliau berkata kepada mereka: “Kamu semua telah membunuh bapa saudaraku yang menyebabkan beliau menangis dan bertempik menyeru bapa saudaranya”. Abu al-`Aliah berkata: “Yang datang bertanya kepada Musa supaya Allah menjelaskan keterangan dan pernyataan: Pembunuh dan kata yang lainnya: Bahkan kaum yang berkumpul bertanya kepada Musa: Tatkala dia meminta mereka untuk menyembelih lembu mereka berkata: “Adakah kamu mempermainkan kami?”

Ingatlah ketika Musa, nabimu berkata kepadamu: Sesungguhnya Allah menyuruhmu menyembelih seekor lembu betina tetapi malangnya Mereka berkata: “Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?”

Al-Imam al-Baghawi dalam tafsir Ma`alim al-Tanzil, berkata: Kamu mengejek kami sedangkan kami bertanyamu berkaitan pembunuhan dan kamu menyuruh kami menyembelih seekor lembu betina. Dan sesungguhnya kenyataan mereka seperti itu bagi menunjukkan betapa jauhnya dua perkara pada zahir sedangkan mereka tidak mengetahui hikmah di sebaliknya.

Justeru, ia merupakan satu jawapan daripadamu yang penuh dengan ejekan dan olok-olok terhadap nabimu sedangkan Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang daripada golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut).” Aku hanya mengadu dan berharap kepada Allah jika sekiranya aku termasuk di kalangan orang yang mengejek dan jahil. Ini kerana keluar daripada memberi jawapan kepada penyoal yang ingin mendapat petunjuk kepada ejekan merupakan kejahilan. Justeru, nabi Musa berlindung daripadanya kerana ia merupakan sifat yang menafikan sifat kenabian. Seterusnya, diperintahkan menyembelih lembu betina bukan yang lain kerana ia merupakan daripada jenis yang disembah mereka daripada anak lembu untuk memperlekehkan dan memperkecilkan apa yang mereka sangka besar. Di samping itu, untuk memberitahu dengan menjawab terhadap mereka hilanglah apa yang ada pada perasaan mereka daripada beribadat.

Mereka berkata pula: “Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?” Iaitu apakah ia jenis lembu betina dan bagaimana sifatnya? Sayyid Qutb berkata: Bentuk pertanyaan seperti ini membayangkan mereka masih ragu-ragu bahawa Nabi Musa hendak mempermain-mainkan mereka dengan perintah Allah yang disampaikan kepada mereka, kerana pertama mereka berkata: “Pohonlah untuk kami supaya Tuhanmu” seolah-olah Allah itu Tuhan Musa sahaja, bukan Tuhan mereka dan persoalan ini tidak ada kena-mengena dengan mereka malah hanya membabitkan Musa dan Tuhannya sahaja.

Yang kedua, mereka meminta Musa memohon kepada Tuhannya supaya menerangkah apakah ia sebenarnya? Pertanyaan mereka tentang hakikat lembu- walaupun yang dimaksudkan mereka ialah sifat lembu merupakan suatu pertanyaan yang bertujuan mengingkar dan mengejek… Apakah ia sebenarnya? Itulah lembu. Allah menerangkan begitu sejak awal-awal lagi tanpa menentukan sifatnya. Itulah lembu. Cukuplah begitu sahaja.

Di sini juga Musa sekali lagi mengembalikan mereka ke jalan yang benar dengan memberi jawapan yang berlainan daripada cara pertanyaan mereka. Beliau tidak menghadapi mereka dengan mempertikaikan bentuk pertanyaan mereka untuk mengelak dan terlibat dalam perdebatan teknikal dengan mereka, malah beliau memberi jawapan yang layak diberikan oleh seorang guru atau pendidik kepada orang-orang jahil dan menyeleweng. Iaitu beliau menjawab dengan menjelaskan sifat-sifat lembu itu.

Persoalan mereka menunjukkan betapa kurangnya darjat iman mereka kerana apabila disandarkan kepada tuhan, disebut “tuhan kamu”, tidak disebut “tuhan kami” seolah-olah tuhan Musa sahaja. Cara dan uslub seperti ini berulang kali pada kalam Bani Israel dalam banyak ayat.

Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; iaitu tidak tua bangka dan tidak terlalu muda. Tetapi sebaliknya pertengahan antara tua dan muda.

Dalam ayat-ayat ini Allah hendak menerangkan kepada kita bermula dengan arahan sembelihan lembu dan diikuti dengan sebab serta `illah sebagaimana dalam kisah ini. Sebagai seorang Islam yang beriman dengan Allah, apabila kita beribadat kepada-Nya sebagai ketaatan sama ada diketahui `illah(sebab) atau tidak, yang pentingnya perlaksanaan ibadat tersebut kerana arahan Allah.

Kisah ini bermula dengan lembu betina Bani Israel, tidak didatangkan sebab atau `illah pada permulaan. Justeru, kisah ini mempunyai hikmah sama ada ia tersembunyi daripada kita, maka ia tetap ada. Demikianlah kata Syeikh Sya’rawi dalam tafsirnya.

Lantas Nabi Musa menyuruh mereka dengan katanya: Maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya.” Laksanakanlah segala arahan Tuhanmu, jangan kamu banyak meminta sifat dan melampaui, nescaya Allah membebankan kamu.

Al-Imam al-Maraghi dalam tafsirnya berkata: Dalam kisah ini penerangan berkaitan jenis yang lain daripada sifat buruk mereka supaya dapat kita mengambil iktibar dan peringatan. Antaranya:
Terlalu banyak bersoal yang remeh-temeh membawa kepada hukum yang begitu tegas.
Arahan sembelihan lembu betina sebagai tempelak kepada mereka yang mereka mempertuhankannya.
Sikap dan sifat mereka yang suka mempersendakan segala arahan nabi.
Menghidupkan yang mati dibunuh merupakan sebesar-besar tanda dan dalil betapa kudratnya Tuhan dalam merekacipta segala makhluk daripada tiada.

Sayyid Qutub berkata: Nasihat ini memang sudah cukup untuk orang yang mahu cukup. Ia sudah cukup untuk mereka setelah dua kali mereka dikembalikan ke jalan yang benar oleh nabi mereka, dan setelah disindir supaya menunjukkan adab sopan yang selayaknya ketika mengemukakan pertanyaan dan menerima perintah… sudah cukup bagi mereka bertindak mencari mana-mana lembu yang tidak tua dan tidak muda, iaitu seekor lembu yang pertengahan untuk melepaskan tanggungjawab mereka, cukuplah bagi mereka menyembelihkan lembu itu kerana menjunjung perintah Allah dan membebaskan diri mereka daripada kesulitan memayah-mayah dan menyempit-nyempitkan persoalan. Tetapi Israel tetap Israel.

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKR
I

Tuesday, February 26, 2013

Tanda Terkena Santau Dan Cara Mengelakkan Santau




Tanda Terkena Santau dan Cara Mengelakkan Santau | Walaupun sekarang kita duduk di zaman moden dan teknologi, tapi budaya santau dalam kehidupan harian tetap ada.Selalunya berpunca dari perasaaan cemburu,iri hati,perasaan dendam terhadap seseorang lalu dihantarnya santau.

Sebelum itu penulis ingin kongsikan artikel Petanda Seseorang Mempunyai Saka, anda baca dan nilaikan sendiri semoga membantu anda.
Tanda Terkena Santau Dan Cara Mengelakkan Santau

Santau terbahagi kepada dua:

Jenis Pertama – Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan jin dan syaitan. Santau jenis ini agak mudah dirawat.

Jenis Kedua – Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap jin dan syaitan. Santau ini juga dikenali dengan ‘Santau Angin’. Santau ini agak sukar dirawat kerana ia melibatkan jin yang memiliki sayap dan terbang di udara. Biasanya mangsa akan menjadi kurus kering.

Secara umumnya, santau ditujukan kepada mangsa bertujuan seperti berikut:
  1. Membalas dendam kepada si mangsa kerana sebab-sebab tertentu.
  2. Iri hati dan hasad dengki terhadap orang lain.
  3. Ingin menguji tahap kekuatan atau ketahanan kebatinan seseorang.
  4. Sebagai medan menguji tahap kekuatan dan kesan santau yang dimiliki.
  5. Membuang santau. Santau angin mesti dibuang pada masa tertentu. Jika tidak berbuat demikian, santau tersebut akan memakan tuannya dan keluargannya.
  6. Mencari rezeki melalui upah untuk kenakan santau kepada seseorang.

Bahan-Bahan Santau


Bahan yang berbisa seperti bisa ular tedung senduk, ular kapak dan katak puru bertanduk.
Bahan miang seperti miang buluh, ulat bulu, miang rebung, tali guni dan sebagainya.
Bahan yang tajam dan melukakan seperti kaca, jarum, berus besi, rambut, kuku manusiaatau binatang dan sebagainya.

Bahan yang boleh membuat seseorang itu tidak dapat tidur seterusnya menjadikan bodoh seperti kura-kura, tulang dagu kera duku, uri kucing, biji mata kelawar dan burung jampuk.

Tanda-Tanda Terkena Santau

Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
  1. Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
  2. Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
  3. Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
  4. Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.
  5. Lenguh seluruh anggota badan.
  6. Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
  7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  8. Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
  9. Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
  10. Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
  11. Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
  12. Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
  13. Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agamabukan Islam.
  14. Sentiasa sakit pada tulang belakang
  15. Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)
  16. Kesan-Kesan Santau

Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:
  1. Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.
  2. Hilang daya ingatan
  3. Kulit akan menjadi merekah dan keluar air bisa dan nanah.
  4. Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali sebagai seorang bersifat penyakit menjadi seorang yang panas baran.
  5. Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan.
  6. Badan menjadi licin kerana seluruh bulu di badan telah gugur.
  7. Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang selalu terganggu.
  8. Terjadinya ‘saratan’ atau kanser dan ketumbuhan.
  9. Jika hamil mungkin akan mengalami keguguran.
  10. Panduan Mengesan Kehadiran Santau

Apabila orang yang terkena santau angin, makan limau nipis atau nenas bersama kicap dan mereka akan muntah darah kerana santau itu berlawanan dengan bahan berkenaan dan pesakit juga berasa sakit pada seluruh anggota badan seperti dicucuk dengan benda tajam.

Panduan untuk kita mengesan kehadiran santau bila kita makan di kedai makan ataupun di restoran daripada Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Ustaz Mohd Suhaimi Bin Rozali:

Ketika mengambil makanan, jangan mencampurkan kuah lauk dalam nasi, tetapi kedua-duanya hendaklah diasingkan dalam bekas yang berbeza. Pastikan kuah lauk yang dihidang tidak berbau basi kerana kemungkinan ia mengandungi racun santau.

Bagi minuman pula, pegang gelas seperti biasa manakala jari kelingking ditekan pada bawah gelas jika rasa sakit seperti digigit semut api maka ia mengandungi santau
Ayat Pelindung Diri Dari Santau



Ayat di atas ini adalah amalan bagi mengelakkan dari terkena santau ataupun bagi pendinding diri dari segala mudharat. Hadith nabi “Sesiapa yang membacanya ketika pagi sebanyak 3 kali dan petang sebanyak 3 kali, maka dia tidak akan dimudharatkan oleh sesuatu pun”. Segalanya dengan izin Allah SWT. Seeloknya ayat ini diamalkan sekurang-kurangnya sebanyak 3 atau 7 kali sebelum keluar daripada rumah setiap hari

Antara ayat-ayat lain yang boleh diamalkan untuk mengelakkan santau boleh ke website Darussyifa yang diasaskan oleh Dato` Dr. Haron Din

Semoga ilmu ni bermanfaat untuk semua.

Fahaman Wahabi.Siapakah Mereka???


Wahabi merupaka satu fahaman / aliran yang diamalkan oleh Ulama - Ulama Haramain/Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab . Syeikh fahaman ini dikukuhkan oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi sejak 1924. Dinasti Al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924.Beliau melantik Menteri Penerangan Arab Saudi.

Fahaman ini disebut juga Wahhabi atai Wahabism . Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya.
-Golongan Wahabi lebih suka menyebut mereka Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud 'satu Tuhan'.
-Mereka mendakwa menurut pemikiran Ahmad ibn Hanbal( al Hanbaliah, al Hanabilah) yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah.Dalam hukum Feqah, mereka berpegang kepada tafsiran Ibn Taimiah. Fahaman Wahabi dianggap sebagai penerusan fahaman Ibn Taimiah , bahkan dalam banyak hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah.

Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi,Kuwait,Qatar,Somilia,Algeria,Palestin,Mauritania dan kini semakin berleluasa di Malaysia.
Pengasas -Muhammad bin Abdul Wahhab (1701-1793m) lahir di kampung Ainiyah,Najd, Arab Saudi.Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim. Buku berliau bertajuk 'Kitab alTawhid'.
Beliau adalah sufi,ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu mazhab.

Beliau memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab.Beliau sangat dipengaruhi oleh Ahmad ibn Hanbal dan Ibn Taimiah.
Beliau belajar agama dari Syeikh MUhamad Sulaiman Al-Kurdi dan kepada bapanya sendiri Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan blik semula ke kampung Ainiyah , Najd Arab Saudi.

Semasa di Madinah , beliau dapati banyak amal ibadat orang Islam bertentangan dengan syariat Islam kerana mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam Rasulullah.
Beliau pindah ke Basrah dan mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil. Beliau diusir lalu pergi ke Hassa dan berguru dengan Abdullah bin Abdul Latif. Beliau diusir lagi , lalu pergi semula ke kampung Ainiyah , Najd. Mulanya Raja Osman bin Ahmad Ma'mar membantunya, tetapi setelah mendengar fatwa-fatwan ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh.

Beliau lari pula ke Duri'yah dan mendapat bantuan Raja Muhamad bin Saud di Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat . Beberapa delagasi dihantar menemui syarif-syarif di Mekah dan mengembang ajaran Wahabi . Ajaran mereka ditolak,malah sebahagiannya dibunuh.Sejak itu terjadi permusuhan kaum Wahabi diNajd dengan syarif-syarif Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab menfatwa bahawa banyak orang Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam Nabi. Syarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menzairahi makam nabi , berdosa mengadap makam nabi. Syarif - syarif Mekah terus diperangi.

Kaum Wahabi dua kali menguasai HIjaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924-kini.
Perubahan yang mereka lakukan ialah:

-Meruntuhkan kubah/bangunan di atas kubur Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803
-Meruntuhkan kubah/bangunan tempat maulud Nabi diSugal=Lail di Mekah .Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi.Semua ini maksiat dan membawa kepada syirik.
-Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa di situ.
-Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj.Semua ini dianggap maksiat dan perlu dihapus.
-Melarang melagu-lagukan azan terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
-Melarang membaca qasidah.
-Melarang melagu lagukan al Quran
-Melarang membaca Selawat Nabi, memuji muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji.
-Melarang mengaji sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam, Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi , tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.-

Apa Dan Kenapa Wahabi?

Saya biasa ditanya, apakah fahaman Wahabi? Jawapan saya mudah sahaja: “Ia adalah pemikiran dan amalan Islam berdasarkan dalil dan hujah yang berbeza dengan kebiasaan masyarakat”. Soalan seterusnya, kenapa fahaman Wahabi mendapat tempat secara meluas di kalangan umat Islam? Terdapat beberapa jawapan bagi persoalan ini:

Pertama: Fahaman ini memandang Islam sebagai suatu agama yang berdasarkan ilmu. Oleh itu ia tidak membicarakan Islam melainkan dengan metodologi ilmiah yang tinggi lagi berdisiplin. Fahaman ini menolak bicara Islam yang berdasarkan mitos, khayalan, cerita-cerita dongeng dan apa-apa yang seumpama. Dalam suasana umat Islam yang semakin meningkat taraf keilmuannya, mereka mula beralih kepada Islam yang berdasarkan ilmu, yakni dalil dan hujah.

Kedua: Fahaman ini meningkatkan lagi penghayatan umat Islam terhadap agama Islam. Jika sebelum ini umat hanya mengenal Islam berdasarkan hafalan “fardhu ain”, kini umat mula mengenal Islam berdasarkan dalil dan hujah. Umat Islam mula mengenal kenapa mereka beribadah dengan tatacara sekian-sekian, hikmah di sebalik sesuatu ibadah, tujuan di sebalik sesuatu hukum dan objektif yang ingin dicapai oleh syari’at kepada manusia.

Ketiga: Fahaman ini memberi penekanan kepada usaha tajdid, iaitu usaha membersihkan agama Islam dari pelbagai pencemaran sehingga ia kembali tulen. Ketulenan ini adalah sesuatu yang benar-benar asing kepada masyarakat sehingga mereka menganggap ia adalah sesuatu yang baru, sekali pun ia sebenarnya sudah wujud sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Usaha tajdid memberi nafas baru kepada umat Islam. Mereka mula melihat keindahan, kemudahan dan kesyumulan Islam sebagaimana yang dilihat oleh generasi pertama yang menerimanya secara tulen daripada Rasulullah s.a.w..

Keempat: Fahaman ini menyentuh isu-isu terkini lagi relevan dengan suasana umat Islam. Sebagai contoh, apabila fahaman yang lain masih memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dengan air perigi, fahaman ini memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dalam kapalterbang. Apabila fahaman lain memberi perhatian kepada cara berzikir di atas pokok, fahaman ini memberi perhatian kepada cara beribadah di atas kenderaan moden seperti LRT, Monorail, Komuter dan sebagainya. Oleh itu tidak asing juga apabila didapati antara yang kehadapan dalam menangani isu-isu liberalisme, pluralisme, feminisme dan athiesisme adalah tokoh-tokoh yang disandarkan kepada fahaman ini.

Kelima: Fahaman ini tidak membataskan ahli-ahlinya kepada jamaah tertentu. Tidak ada sistem mendaftar keahlian, berbai’ah kepada amir, perlantikan ahli jawatan kuasa tahunan dan lain-lain yang biasa ditemui dalam jamaah-jamaah Islam. Seseorang itu boleh sahaja mengikuti fahaman ini dan pada waktu yang sama terus bergiat aktif dengan jamaah yang dianggotainya. Hanya saja fahaman ini mengingatkan umat Islam agar membetulkan tujuan mereka bergiat aktif di dalam sesuatu jamaah. Hendaklah tujuan tersebut demi kebaikan Islam dan umatnya, bukan demi memelihara maruah jamaah dan menjaga kedudukannya sebagai yang terbaik berbanding jamaah-jamaah yang lain.

Di Mana Salahnya Fahaman Wahabi?

Secara umum, tidak ada yang salah dengan fahaman Wahabi kecuali namanya. Memang, ada segelintir orang yang mengikuti fahaman ini dengan semangat yang mendahului ilmu dan kematangan sehingga mereka berlebih-lebihan dalam mengkritik dan mencela. Namun tindakan segelintir tidak boleh dijadikan hujah untuk menghitamkan keseluruhan fahaman ini dan majoriti yang mengikutinya berdasarkan ilmu dan kematangan.

Fahaman Wahabi bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam atau terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Malah ia lebih mendekati Islam yang sebenar dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah yang tulen. Terkecuali adalah nama “Wahabi” yang disandarkan kepada fahaman ini, ia adalah nama yang sengaja digunakan oleh sebahagian agamawan sebagai senjata untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka daripada fahaman yang murni ini. Kenapakah perlu ditakut dan dijauhkan orang ramai daripada fahaman ini? Paling kurang ada dua sebab utama:

Sebab Pertama: Apabila fahaman ini membicarakan Islam berdasarkan metodologi ilmiah, akan terbongkar kesilapan, kedongengan dan kepalsuan apa yang selama ini disampaikan oleh para agamawan tersebut. Dalam menghadapi suasana ini, para agamawan terbahagi kepada dua kategori:

* Pertama adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama berdasarkan sikap jujur lagi amanah. Mereka membetulkan apa yang pernah disampaikan sebelum ini seandainya ia sememangnya tidak tepat.

* Kedua
adalah mereka yang bekerjaya dalam jurusan agama kerana maruah dan status. Mereka sukar untuk mengakui bahawa apa yang mereka sampaikan sebelum ini adalah tidak tepat. Maka mereka mencari helah untuk menakutkan orang ramai dan menjauhkan mereka dari kebenaran tersebut. Helah tersebut adalah: “Berhati-hatilah dengan fahaman Wahabi kerana ia terkeluar dari Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah……”

Sebab Kedua: Fahaman ini benar-benar mendapat sambutan daripada umat Islam sehingga kuliah-kuliah pimpinan tokohnya dibanjiri oleh hadirin dari pelbagai latarbelakang. Suasana ini bertolak belakang dengan kuliah-kuliah lain yang semakin lengang sehingga akhirnya dibatalkan oleh pihak penganjur. Dalam menghadapi suasana ini, sekali lagi para agamawan terbahagi kepada dua kategori:

* Pertama
adalah mereka yang memiliki sikap yang positif dimana dengan sikap tersebut mereka berusaha untuk mempertingkatkan mutu kuliah yang disampaikan, selari dengan kehendak para hadirin.

* Kedua
adalah mereka yang memiliki sikap yang negatif dimana mereka enggan mempertingkatkan
mutu kuliah yang disampaikan. Pada waktu yang sama mereka tidak boleh berdiam diri kerana semua ini melibatkan sumber pendapatan mereka. Dengan berkurangnya jemputan, berkuranglah juga pendapatan. Maka mereka perlu mencari helah untuk menjanakan kembali sumber pendapatan dengan berkata: “Berhati-hatilah dengan kuliah orang-orang Wahabi, mereka itu ditaja oleh pihak Barat……”

Siapa Yang Sebenarnya Salah?

Diharapkan melalui penjelasan yang ringkas di atas, para pembaca sekalian dapat mengetahui kisah sebenar di sebalik gelaran atau tuduhan “Wahabi”. Tidak percaya? Cubalah mengkaji salah satu dari kitab Mazhab asy-Syafi’e yang muktabar dan pilih satu hukum atau amalan yang berbeza dari kebiasaan masyarakat. Nescaya anda akan dituduh “Wahabi” sekalipun rujukan anda ialah kitab muktabar Mazhab asy-Syafi’e.

Di sini ingin saya tambah, bahawa yang tidak benar bukan sekadar tuduhan “Wahabi”, tetapi sikap orang yang menuduh itu sendiri adalah tidak benar. Ini kerana Islam melarang umatnya daripada tuduh-menuduh, cemoh-mencemuh dan memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang tidak baik. Allah s.w.t. berfirman, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kumpulan (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu kumpulan dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;

Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” [al-Hujurat 49:11]

Akhir kata, apabila anda mendengar seseorang berkata: “Si fulan Wahabi”, “Kumpulan itu Wahabi”, “Ini majalah Wahabi” atau apa-apa tuduhan seumpama, maka ketahuilah bahawa kesalahan tidak terletak pada yang dituduh tetapi pada yang menuduh.

Dakwaan ada makam sahabat Nabi di Nusantara?


Anak panah merah mewakili pergerakanpara sahabat r.hum ke China Bermula dari Madinah, Yaman, Gujerat, Bengali, Chittagong, Acheh dan Melaka.

Wilayah nusantara ini didiami olehrumpun bangsa Melayu(Jawi). Saatini terdapat sekitar setengah Bilion penduduk yang mendiami wilayah ini.Denganpenduduk seramai 350 juta orang,dan diantaranyaberagama Islam,ianya menjadikan rumpun bangsa Melayu adalah bangsa Muslimterbesar di dunia,bahkan lebih besar jika dibandingkan dengan seluruh bangsaArab yang merupakan bangsa pertama menjadi bangsa Muslim pertama.Ianyamerupakan satu fenomena yang tidak ada pada bangsa lain dalam dunia ini.

Tentang dakwaan yang mengatakanterdapat puluhan kubur sahabat di nusantara, ini tidak boleh dinafikan tetapitidak dapat dibuktikan.Hujah dan dakwaan untuk menyokong akan kemungkinanwujudnya para sahabat yang syahid/meninggal dunia dan dimaqamkan di nusantaratetap ada.

Para Sahabat Rasulullah SAWjumlahnya melebihi 100,000 orang.Hal ini adalahberdasarkan kepada umat Islam yang pada ketika itu,berkumpul di Padang Arafahuntuk mendengar amanat dan pesan terakhir rasulullah SAW (hajatul Wida).Ribuandari mereka telah tersebar ke seluruh dunia.SyeikhYusof Al-Kandhalawi rah (pengarang kitab HayatusSahabah) berkata bahawa,para sahabat r.hum bergerak mengikut arah dimana kuda dan unta mereka bergerak.Hal ini terbukti apabila sahabat seperti Saidina Bilal r.hu,maqamnya di Syria,manakala Saidina Abu Ayub al-Ansarir.hu yang lahirnya di Madinah tetapi maqamnya di Istanbul,Turki.Para ulama berkatabahawa maqam para sahabat Nabi SAW berjumlah 70 orang,dan35 orang sahabat maqam mereka di Kota Istanbul,Turki.Maqam para sahabat r.hujuga terdapat di China,India dan di benua Afrika.Bahkan ada juga pendapatmenyatakan bahawa para sahabat Nabi saw pernah menjejak kaki sampai ke selatanbenua Afrika.

1. Salah seorang dari sahabatRasulullah SAW yang bernama Saidina Saad bin Lubaidal-Habsyi r.hu adalah salah seorang dari 73 orang yang diarahkan Nabisaw untuk berhijrah ke Habsyah sebelum berlakunya hijrah ke Madinah. Saidina Saadbin Lubaid al-Habsyi r.hu dan rakannya Saidina Yusofr.hu serta sahabat yang lain telah berlayar dari Habsyah ke China danmembina 2 buah masjid di Hanchow dan Canton (sekarang Guangzhou). Beliaubersama sahabatnya yang lain telah berdakwah di Chuan Chow, Chang Chow danCanton serta bertanggungjawab mendirikan masjid Kwang Tah Se dan masjid CheeLin Se di daerah Guangzhou.China juga telah lama menjadi destinasi perniagaanorang Arab bahkan di zaman dinasti Tang (sebelum kurun ke 7 M) telah adakomuniti masyarakat Arab (sebelum Islam) yang besar diCanton(Guangzhou).Saidina Saad bin Lubaid al-Habsyi r.hu telah berdakwah disana. Jika mereka berulang alik di antara Tanah Arab dan Tanah Besar China makatidak mustahil ada para sahabat r.hum yang singgah di Tanah Melayu dankepulauan Melayu. Menurut catatan rasmi Dinasti Tang (618-905M), Islam dibawakira-kira pada 651/652M (kurun ke 7M) apabila satu utusan Islam yang dikirimkanoleh Khalifah Othman b. Affan r.hu telah sampai ke Chang-an (kini Xian) ibukota Dinasti Tang.(Sila rujuk buku yang di tulia oleh HjIbrahim Tien Y.M yang berjudul 'PerkembanganIslam di China'.

2. Ada sebilangan ahli sejarah Islamberpendapat,salah seorang dari sahabat besar Rasulullah SAW turut serta dalamekspedisi itu adalah Saidina Saad bin Abi Waqqash r.hu,danmakamnya terletak di Guang Zhou (dulu Canton)di Negara China.Hal ini bermaknaMasjid yang dibina di Guong Zhou (dulu Canton) adalah yang paling tua di Asiadan sezaman dengan Rasulullah SAW dan para sahabat.Untuk maklumatpembaca,Saidina Saad bin Abi Waqqash r.hu telah masuk Islam di hari pertamanyakeislaman Saidina Abu Bakar r.hu.(Sila rujuk kitab AlBidayah Wal Nihayah)

3, MenurutMonuskrip kuno Tiongkok ,pada tahun 625 M (hanya selepas 15 tahunRasulullah SAW menerima) sudah ada perkampungan Arab di Sumatera Utara. Jadi hanya 9 tahun sejak Rasulullah SAWmempraktikan dakwah Islam secara terbuka, di pesisir Sumatera sudah terdapatsebuah perkampungan Islam,besar kemungkinan sebahagian mereka adalahsahabat-sahabat r.hum (iaitu mereka yang pernah berjumpa dengan RasulullahSAW). Sebuah dokumen kuno asal Tiongkok menyebutkan, pada sekitar tahun 625M dipesisir pantai Sumatera, yang berada di dalam naungan Kerajaan Sriwijaya, telahberdiri sebuah perkampungan Arab.

Tahun 676M (48H)

Ditemukan beberapa makam SahabatNabi Muhammad SAW di Nusantara. Salah satu yang paling terkenal adalah makam Syeikh Rukunuddin r.hu(ada pendapat mereka adalahorang yang sama Saidina Wahab bin Qobishoh r.hu.)di Barus (Fansur) dekat Acheh,Sumatera Utara. Pada makamnya tertulis bahwa beliau wafat pada tahun 48 H.Tidak diketahui siapa nama Syeikh Rukunuddin r.hu sebenarnya,tapi dari tarikhkewafatanya kita boleh mengatakan bahwa kemungkinan beliau adalah salah sorangsahabat Nabi Muhammad SAW, yaitu orang yang hidup sezaman dan berjumpa denganbeliau. Maka,hal ini membenarkan lagi dakwaan bahawa ada para sahabat r.hu dantabiin telah memulai gelombang awal sejarah pengislam di Bumi Nusantara.Kajianmengenai ini telah di buat oleh seorang pakar sejarah Islam Indonesia iaitu Ustadz Muhammad Nur Abdurrahman,dalam buku karangannya“Meninjau Kembali Masa Hidup Rasulullah”.Pendapatbeliau dapat di nukilkan seperti berikut.

1. Surat dakwah yang disebarkanRasulullah ke seluruh pelosok wilayah,dan boleh jadi ada yang ditujukan kepadaRaja Sriwijaya,dan besar kemungkinan,surat ini dibawa oleh para sahabat r.humdi atas.Hal ini adalah kerana telah adanya hubungan perdagangan antara kerajaanSriwijaya dengan bangsa Arab, yang ditandai dengan keberadaan perkampungan Arabdi Sriwijaya, tahun 625M.

2. Misi dakwah ke Nusantara, semakinintensif dilakukan pada masa Khalifah Muawiyah r.hu,dan ianya tidak menutup kemungkinan bahawa SyeikhRukunuddin r.hu (atau Saidina Wahab bin Qobishohr.hu.), adalah salah seorang sahabat Rasulullah, yang dikirim kerajaanBani Umayyah, untuk menjadi salah seorang juru dakwah diNusantara.Kebiasanya,mereka(para sahabat berjemaah dalam melakukan sesuatuekspedisi dakwah) dan kemungkinan Syeikh Rukunuddin r.hu atau Saidina Wahab binQobishoh r.hu merupakan amir kepada jemaah ini.

Ahli sejarah Islam Indonesia,Sulaiman Wiranto dalam buku karangan beliau "Islam di Bengal dan kesannya kepada Nusantara"menyebut di tahun 620 M bahawa bebarapa orang sahabat Nabi saw seperti Saad bin Abu Waqqas r.hu,Saadbin Lubaid r.hu,Yusof r.hu,Malik ibn Wahaib r.hu, Qaysbin Huzayfah r.hu, ‘Urwa ibn Athathah r.hu,Abu Qays ibn al-Hārith r.hu dan sahabat yanglain (kemungkinan mereka ini dalam satu jemaah Dakwah ) di tahun ke tujuhkerasulan Nabi saw telah berlayar dari Madinahke China melalui Gujerat,Bengal,Chittagong,Acheh,Melaka danseterusnya ke China.Ekspedisi dakwah merekamengambil masa 9 tahun untuk sampai ke China.

Jelas, Islam di Nusantara termasukgenerasi Islam pertama. Hal inilah para sejarawan memanggilkannya sebagai Teori Makkah. Jadi Islam di Nusantara ini sebenarnyabukan berasal dari para pedagang India (Gujarat) atau yang dikenal sebagai Teori Gujarat yang berasal dari pendapat ahliorientalis Barat Snouck Hurgronje, kerana parapedagang yang datang dari India, mereka ini sebenarnya berasal dari JazirahArab, lalu dalam perjalanan melayari lautan menuju Sumatera (Bandar Acehsekarang ini) mereka singgah dulu di India yang daratannya merupakan sebuahtanjung besar (Tanjung Comorin) yang hampir ke tengah Samudera Hindia dannyaris tepat berada di tengah antara Jazirah Arab dengan Sumatera.

Berdasarkan peta Asia Selatan, kitaboleh memahami mengapa para pedagang dari Jazirah Arab menjadikanIndia(Gujerat) sebagai tempat transit yang sangat strategik sebelum meneruskanperjalanan ke Sumatera mahupun yang meneruskan ekspedisi ke Canton di China. Setelah singgah di Indiabeberapa lama, pedagang Arab ini terus berlayar keBandar Aceh, Barus, terus menyusuripesisir Barat Sumatera, atau juga ada yang ke Malakalalu mereka meneruskan ekspedisi dakwah mereka ke China.

Tahun 726M (100H)

Ibn Abd Al Rabbih rah di dalam karyanya "Al Iqd alFarid", yang dikutip oleh Azyumardi Azra dalam bukunya “JaringanUlama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII’ menyebutkanadanya perhubungan antara raja Sriwijaya (Sri Indravarman) dengan Khalifah Umarbin Abdul Aziz rah. Pada sekitar tahun 100 H (726 M), Raja Sriwijaya berkirimsurat yang isi surat tersebut adalah seperti berikut:

”Dari Raja di Raja(Malik al Amlak) yang adalah keturunan seribu raja; yang isterinya juga cucuseribu raja; yang di dalam kandang binatangnya terdapat seribu gajah; yang diwilayahnya terdapat dua sungai yang mengairi pohon gaharu, bumbu-bumbuwewangian, pala dan kapur barus yang semerbak wanginya hingga menjangkau jarak12 mil; kepada Raja Arab yang tidak menyekutukan tuhan-tuhan lain dengan Allah.Saya telah mengirimkan kepada Anda hadiah, yang sebenarnya merupakan hadiahyang tak begitu banyak, tetapi sekedar tanda persahabatan. Saya ingin Andamengirimkan kepada saya seseorang yang dapat mengajarkan Islam kepada saya danmenjelaskan kepada saya tentang hukum-hukumnya”.

Sumber: http://electro-rk86.blogspot.com/2012/04/dakwaan-ada-kubur-sahabat-nabi-di.html

Monday, February 25, 2013

Kisah Pengajaran: Kenapa Tempe Mak Cik Ini Tidak Terjual?



Adat orang berniaga, pasti ada rugi, pasti juga ada untungnya. Namun jika rugi, bukan alasan untuk kita mengeluh kepada Allah, akan tetapi sentiasalah berdoa agar kita sentiasa diperbanyakkan rezeki dari Allah. Kisah yang berkisarkan tentang penjual tempe ini, wajahnya sedih kerana tempe yang dibuat langsung tidak menjadi, dan tidak laku ketika dijual di pasar. Memang secara logiknya, memang tiada siapa yang akan membeli tempe yang belum siap dimasak bukan. Jom ikuti bagaimana pengakhiran kisah ini dan semoga kisah ini dapat memupuk perasaan sentiasa bersyukur atas ketentuan yang Allah dan tentukan untuk kita.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu.Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil.

Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , “Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin“

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. “Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin”.

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.

Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. “Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin”. Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia punmembuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam.

Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil.Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.

Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya.

Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, “Tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. “Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi.”

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya” Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin”.

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, “Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?” Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan…

Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Allah s.w.t sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Allah s.w.t akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Thursday, January 31, 2013

ASAL USUL TERCIPTANYA ROKOK & KENAPA IA HARAM


GARIS MASA PERJALANAN HIDUP NABI MUHAMMAD S.A.W JUNJUNGAN MULIA


Thursday, January 10, 2013

ANCAMAN TOKSIN DI DALAM TUALA WANITA,LAMPIN PAKAI BUANG BAYI & TAMPON


KESIHATAN - JANGAN GUNA MINYAK MASAK BERKALI-KALI


Pusat Racun Negara baru-baru ini memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.

Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.

Kebanyakan kita tidak membuang minyak yang telah digunakan dan di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang.

Selain itu Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, yang telah menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam peket 1kg

Kebanyakan minyak dalam peket 1 kg ini tidak sihat mengikut piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
Sebagai langkah selamat, gunakan minyak yang mendapat pengesahan dari SIRIM sahaja.

Selain daripada itu, elakkan dari membeli minyak yang tidak dapat dipastikan pengeluarnya walaupun harganya adalah lebih murah. Ia biasa digunakan oleh segelintir peniaga jalanan dan pengusaha restoran bagi menjimatkan kos perniagaan.

Fenomena ini akan menyebabkan pengguna lebih terdedah kepada risiko untuk memakan minyak yang telah dikitar semula.

Bagi mengelakkan kemudaratan kesihatan, para pengguna mestilah meninggalkan tabiat makan di luar dengan memasak sendiri makanan. Selain itu, dengan cara ini, bukan sahaja dapat menjamin kesihatan tubuh dan minda, malah perkara utama yang tidak perlu dipertikaikan lagi adalah makanan yang dinikmati dijamin berkualiti dan halal.

(Minyak Sawit Sri Murni antara minyak yang berkualiti)

Monday, December 17, 2012

Hantu Kak Limah 2-Husin,Mon & Jin Pakai Toncit


Wah cerita movie arahan Pakcik Khalid Hantu Kak Limah 2 yang bertajuk Husin,Mon & Jin Pakai Toncit akan menyerang pawagam 7 februari tahun depan...adakah fenomena kita bakar akan berulang lagi..atau dgn impak yang baru..harap2 ia mmg terbaik..

Monday, December 3, 2012

AWAS-Taktik terbaru penipuan di tutti frutti @ snowgurd @restoran


AWAS.!! 

Sedang saya menikmati Tutti Frutti saya.., tiba2 datang seorg kanak2 lelaki Me
layu dlm lingkungan umur 8 tahun. Duduk disebelah meja saya & berkata: Pakcik., mahal tak ice-cream tu? Dia ada jual sikit2 tak?

Saya jawab: Kalau adik ambil banyak, kena la bayar lebih. 

Beliau terus mengajukan soalan demi soalan, tapi saya mendiamkan diri. Mungkin anda anggap saya sombong atau angkuh. Mungkin ada yg berkata: Ala Max ice-cream mcm tu pun nak berkira., belikan la aje kat budak tu."

Sebenarnya rakan saya dah terkena. Beliau didatangi oleh budak seperti ini, & beliau belanja dia Tutti Frutti., duduk berbual dgn budak tu, dlm masa 5 minit 2 lelaki berusia approach dia dan berkata "Awak culik anak saya ye"...budak tu pun berkata: Ayah ni la pakcik yg suruh saya naik kereta dia. 

Pendekkan cerita, rakan saya diugut supaya bayar RM1,000 kalu tak hendak perkara itu dilaporkan pd polis. "Ayah" budak tu siap tunjuk laporan polis yg dibuat yg mengatakan anak dia hilang & diculik. Utk tidak kecoh rakan saya ke ATM machine & bayar Ayah budak tu. Mereka hilang setelah mendapat RM1k. 

Cara baru warga kota cari duit di KL ketika musim cuti sekolah ini. Oleh itu., saya berhati2 & tidak layan budak itu. Bukan saya kedekut tapi mengapa budak 8 tahun jalan seorg diri & datang tanya kat saya pasal ice-cream. .?

Thursday, November 29, 2012

WUJUDNYA SEBUAH NEGARA PALASTINE YG MERDEKA-ALHAMDULLILAH


Gambar di atas ialah negara-negara dunia yang memberikan undi "yes" kepada penyertaan Palestine ke dalam PBB dan juga bersetuju dengan penubuhan negara Palestine, di tanah Kanaan.

Hijau ialah mereka yang sehati sejiwa dengan kita, hitam ialah mereka yang berkecuali, mungkin kerana mereka mahu menjaga hubungan dengan Amerika tetapi dalam masa yang sama, mereka setuju dengan penubuhan Palestine.

Manakala yang merah ialah sahabat baik Zionis.

Keputusan undian semasa persidangan PBB:

1. Antara negara mengundi 'ya' untuk membentuk Negara Palestin, termasuk Arab Saudi, Turki, Syria, Malaysia, Brunei, Mesir, Ireland, India, Indonesia, Thailand, dan 138 negara lain.

2. 41 buah negara yang menolak (berkecuali); termasuk UK dan Singapura.

3. Manakala negara- negara yang menentang ialah Kanada dan Amerika Syarikat.

Keputusan ini merupakan berita gembira bagi umat Islam dan rakyat Palestin seluruhnya, setelah berpuluh tahun merana dek pencerobohan Israel terhadap tanah Palestin.

Berita Harian
JERUSALEM: Beribu-ribu orang meraikan kejayaan apabila Palestin memperoleh pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara selepas penantian selama 65 tahun.
Kejayaan itu menjadi kenyataan biarpun sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat meningkatkan kempen agresif untuk menggagalkan undian Perhimpunan Agung.

Generasi muda Palestin pastinya akan mengingati tarikh penting berkenaan iaitu 29 November 2012.

Sebelum ini, Palestin menolak cadangan supaya sebuah negara Yahudi dan Arab ditubuhkan selepas penjajahan British ke atas Palestin berakhir

Monday, November 26, 2012

LOVE-My Wedding Picture


Dalam2 mengupdate blog VB hari2, terlupa nk upload gmbar my wedding...

Tarikh nikah pada 24 August 2012 bersamaan 6 Syawal 1433H...
Tarikh bersanding di belah perempuan  pada 25 August 2012 bersamaan 7 Syawal 1433H di Felda Mayam,Temerloh Pahang...
Tarikh bersanding di belah VB  pada 1 September 2012 bersamaan 14 Syawal 1433H di Kg Kuala Sungai Baru,Masjid Tanah,Melaka...


Di sini VB a.k.a MOHD KHAZLI ASWAD & Bersama Pasangan ZURAIHANA memohon doa agar dipanjangkan jodoh dan bahagia sehingga ke anak cucu dan yang paling penting hingga ke akhir hayat ini.amin....















Wednesday, November 7, 2012

Cara mempertahankan diri bagi wanita

Untuk wanita2 di luar sana, jom belajar pertahankan diri anda di waktu kecemasan ♥


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...