Wednesday, March 30, 2011

Kisah Benar- Pesawat Penerbangan Malaysia MH635 yang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor

salam satu malaysia....

Di sini vb cuba selitkan satu kisah yg mungkin sudah kalian lupa atau tidak pernah tahu pun..VB pun sbnrnya baru tahu kisah ni dgn lebih jelas selepas membace dari satu email dulu2....so di sini VB kongsikan bersama info yg vb dpt..tQ

Info Tragedi

  • Pesawat: Penerbangan Malaysia MH 653
  • Dari: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang - Singapore
  • Penumpang: 93 + (7krew)
  • Kematian: 100 orang
  • Jenis Pesawat: Boieng 737-2H6
  • Tarikh: 4 December 1977

Gambar ini dirakam pada tahun 1976 iaitu setahun sebelum kejadian

Tapak pesawat Penerbangan Malaysia MH635 yang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977 kini hanyalah sebuah belukar tinggal. Ia menyembunyikan 1,001 misteri yang belum sempurna terjawab.

ANTARA faktor pemula kisah yang disiarkan ini ialah cerita-cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh para pemandu teksi di sekitar Johor Bahru. Mereka menyebarkan cerita tentang kelibat wanita berpakaian seperti pramugari pada waktu malam di jalanan sekitar Jalan Kebun Teh dan juga di Gelang Patah, Johor.

"Wanita itu meminta dihantarkan ke salah satu destinasi itu. Kawan saya pernah terkena sebelum ini. Apabila ditanya wanita itu kenapa dia mahu turun di tempat yang gelap dan bukan kawasan perumahan, wanita itu tiba-tiba ghaib dari tempat duduk penumpang.

"Ada pula yang sempat dijawab wanita itu. Katanya, 'bang, saya nak cari tangan saya yang putus'. Gugur jantung saya," cerita seorang pemandu teksi, Yusof Mohamad, yang menggeleng-gelengkan kepala sambil berdoa dirinya tidak diuji dengan pengalaman seperti itu.

Ramai orang di bandar raya Johor Bahru maklum tentang kisah seram tersebut. Sama ada mendapat respons ketawa atau rasa takut yang melampau, ia sebenarnya merantai ingatan mereka terhadap sebuah tragedi dahsyat yang pernah berlaku lebih tiga dekad lalu.

Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS). Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh anak kapal telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.

Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.

Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ. Ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian.

"Saya ternampak gugusan api yang marak menyala di langit. Sejurus ia terhempas ke bumi, bergegar jadinya kawasan ini. Semua orang terdiam dan berdebar-debar," ujar seorang warga Kampung Tanjung Kupang, Ahmad Puteh, yang sewaktu kejadian itu berusia 26 tahun dan masih bujang.

NAHAS MH653 mendapat perhatianramai termasuk Tengku Mahkota Johor, Perdana Menteri, Allahyarham DatukHussein Onn (kini Tun), Menteri Perhubungan, Mendiang Tan SriManickavasagam dan Timbalan Mufti Johor, Datuk Ahmad Awang.

Segalanya masih jelas dalam memori nelayan berusia 58 tahun itu. Menurutnya, hanya selepas setengah jam, baru dia nekad untuk melihat 'raksasa' apakah yang jatuh ke kampungnya itu.

Kutip duit berguni

Dalam gelap malam yang diterangi api yang masih marak, orang kampung sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang jatuh itu adalah bangkai kapal terbang.

Barang - barang mangsa yang bertaburan dikumpulkan

"Sebelum kedatangan pihak berkuasa, saya melihat beberapa orang kampung sibuk mengutip sesuatu di tanah. Duit berselerak macam daun pokok getah.

"Malah ada yang dapat kumpul hingga berguni-guni banyaknya," katanya yang tidak berani mengambil, namun tidak menafikan bahawa sesiapa pun akan tergerak hati untuk memungut not-not kertas wang ringgit, yen Jepun, dolar Amerika dan pound sterling di sekitar kawasan tragedi.

"Saya dengar cerita, beg-beg yang berisi pakaian dan barang kemas pun dijumpai orang kampung. Bila tengok barang-barang macam itu, mereka pun 'menyelit-nyelit'lah.

"Paling kecoh, apabila ada seorang yang ternampak cincin lalu ingin memungutnya secara diam-diam. Rupa-rupanya, cincin itu masih tersemat pada sebatang jari yang sudah putus!" kata seorang suri rumah, Zaiton Dol, 47, tentang tabiat rakus orang kampung.

"Entah siapa agaknya yang membawa wang tunai begitu banyak. Tapi bila difikirkan balik, memang ramai orang kenamaan dalam kapal terbang itu, kan? Mesti barang-barang itu milik mereka," katanya.

Selain mengorbankan seorang usahawan Jepun, Tomio Gotto, dan Duta Cuba ke Malaysia, Mario Garcia serta isterinya, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad, dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican.

Selain itu, dua orang pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime turut terkorban bersama-sama puluhan penumpang dan petugas kabin. Tiada seorang pun yang terselamat dalam pesawat yang dipandu juruterbang Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu.

Seorang lagi penduduk kampung yang teruja menceritakan kisah itu ialah Siti Rahmah Ismail, 39. Walaupun ketika kejadian dia baru berusia tujuh tahun, Siti Rahmah masih mengingati banyak perkara.

"Budak-budak disuruh tidak keluar dari rumah. Maklumlah, ibu bapa kami takut perkara buruk terjadi kepada kami. Keadaan semakin kecoh apabila pihak berkuasa dan keselamatan yang terdiri daripada anggota polis, tentera, bomba dan ambulans tiba tidak lama kemudian. Kerja-kerja menyelamat berlarutan ke lewat malam," imbasnya.

Memorial memperingati tragedi pesawat Boeing 737 MH653 masih dikunjungi ahli keluarga mangsa di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.

Keesokannya, udara kampung menjadi tidak nyaman. Ramai yang terkejut apabila terjumpa atau ternampak dari jauh kecaian daging dan tulang manusia yang bersepah dan membusuk. Lebih meloyakan adalah apabila isi perut yang terburai dilihat tersangkut pada ranting dan dahan pokok bakau.

"Ramai yang tidak boleh tidur malam kerana dibayangi pemandangan itu. Apatah lagi mereka diganggu mimpi ngeri, terutama mereka yang telah mencuri simpan barang peribadi milik mangsa nahas," kata Ahmad.

"Siapa yang mengambil milik orang pada malam kejadian, terimalah habuannya. Mereka tidak tenang. Sampai ada yang sakit seperti terkena badi hingga terpaksa dibawa berubat," tambah Zaiton pula.

Suara jeritan

Ahmad mengakui, selama beberapa tahun, Kampung Tanjung Kupang terutama di kawasan tragedi itu seperti berhantu. Semua orang takut untuk melaluinya.

"Kalau menaiki motosikal di daratan atau menaiki bot di sebelah paya bakau itu, pasti akan terdengar suara-suara kelam seperti orang menjerit, meratap dan memekik meminta tolong.

"Penghuni rumah yang paling dekat dengan tempat kemalangan juga telah lama berpindah sejak tragedi itu berlaku," kata Ahmad mengenai sebuah rumah tinggal yang terletak kira-kira 100 meter dari rebakan api bangkai MH653.

Kru Jurnal yang mengunjungi Tanjung Kupang kelmarin nekad 'menceroboh' masuk tapak tragedi walaupun mengetahui laluan masuknya sudah dipagar kerana telah menjadi milik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Sewaktu memperlahankan kereta di sebatang jalan yang sempit, tidak pula terasa apa-apa yang meremangkan bulu roma.

Selain tapak tragedi, balai polis lama di Tanjung Kupang ini juga sudah menjadi sejarah lantaran tidak lagi berfungsi.

Semakin kereta kami ditelan belukar yang kian meliar, bau busuk tiba-tiba menusuk hidung. Namun, bau itu bukan daripada bau reputan daging manusia seperti yang diceritakan sebelumnya. Saat tiba di penghujung jalan, kami menemui sebuah kandang lembu yang diusahakan oleh seorang penduduk kampung, Mohamad Nor Kamaludin, 34.

"Daripada kawasan ini terbiar, biarlah saya memanfaatkannya. Lagipun kandang ini hanya sementara," kata Mohamad yang seakan-akan tahu tujuan kedatangan kami.

"Memang di sinilah tempat kapal terbang itu jatuh. Kisah tragedi itu sudah lama berlalu, tak ada apa pun yang menakutkan di sini. Silakanlah ambil gambar. Orang kata, masih ada tayar kapal terbang di hujung tanah sana. Kalau ada pun, pasti dah tenggelam ke dalam lumpur," ujarnya.

Menurut sumber daripada Pelabuhan Tanjung Pelepas, tempat tragedi pesawat MH653 itu adalah sebahagian daripada kawasan paya seluas 800 hektar milik kerajaan yang kini diletakkan di bawah jagaan PTP secara konsesi. Ia sekadar dirizab sebagai zon bebas aktiviti manusia.

Hutan bakau di Tanjung Kupang menjadi kawasan lapang selepas tragedi pesawat terhempas pada 4 Disember 1977.

Paya hangus yang telah mengorbankan 100 jiwa itu kini hanyalah hamparan muka bumi yang mirip hutan sekunder. Wartawan Jurnal sekadar menemui sebuah terusan air dan benteng tanah laterit yang ditinggikan bagi memisahkan kawasan belukar darat dengan kawasan bakau yang semakin teranjak melebihi garis air laut.

Di situlah 32 tahun lalu berlaku sebuah tragedi yang telah menggemparkan negara.

Wednesday, November 24, 2010

Singapore Here We Come


Salam to all my prenz...rase da lama VB xtaip blog..hehe now VB nk cite sikit cite terbaru VB...hehe last 30 oktober VB and family + my love going vacation kat singapore... tujuan utama ke sana untuk berjalan2 cari makan...

so 1st destinasi adala USS-universal studio singapore...



dekat depan castle princess fiona
Vb dekat umah shrek..

memang tip top la tempatnye..best sgt..mcm2 ade..rasenya xrugi pergi sana bg kaki jalan....kalau boleh semua park nak pergi..ada madagaskar,shrek,mummy,lost world,byk lg la....mmg enviroment ngn building yg tersangat2 berada di luar alam nyata..hehe..
VB kat kapal tersadai madagaskar.....

Orang kata kalau pergi satu mmg xpuas..mmg ternyata mmg betul..besor giler la VB nk katakan tempat ni..kena pula kalau dtg weekend ramai org yg berpusu-pusu dtg..mmg kena beratu panjang dari satu tempat ke satu tempat...dgn setiap hub masing2 ade cederahati utk dibeli..siap la duit..maklumla nk convert duit kita ke sana double..hehe...air mmg mahal 4 dolar sebotol bersamaan dgn 9 ringit duit kita..hehe...



dekat salah satu tmpat yg menarik Mummy..ala..ala..piramid

Pasal makanan pula VB makan dekat jurassic park cafe..mmg byk org yg mkn..mknan pun mcm2..tp yg halal cuma kedai no3 je..kedai nasi lemak dan nasi rendang je..hehe..tp Vb nk katakan enviroment cafe ni mmg sebijik design mcm dlm cite jurassic park 1..yg mane ade tunjuk restorant..sebijik designnye....


paling menarik kat sini bila berada di area new york...mmg terasa berada di new york...mcm2 ade kat sini..dgn artis jalanan,kete antik, kedai fesyen..hehe..byk la..tak terkira..hehe



posing sana sini kat subway....

mmg penat seharian kat USS..last2 nk magrib terus balik..mlm Vb xbuat pape aktiviti sgt.mkn kat geylang pastu blik hotel kat geylang...pergh baru tahu kat area geylang ni mmg besar..dulu kwsn melayu sekarang da xde lg umah melayu..yg ade kwsn umah kedai lama..tmpt placuran sana sini..mmg xde dkawal langsung..open...dpn hotel vb stay tmpt plcuran....tpikir dlm ati juga..btuahnya aku duduk di malaysia...rosak.....akhlak....


makan sup merah , kacang pool, nasi beriani kat geylang serai.....

kat geylang serai

dekat tugu stanford ruffles


esok harinya,mmg jalan2 kat seluruh singapore...pergi kat chinese town,bugis street,marina bay,shopping time..hehemmg kat sini brg brnded mmg murah..Vb xshopping sgt..belikn org tsyg je..hehe tu pun da cukup buat diriku tersenyum n bhgia..hehe

kat dpn Louis Vuitton Plaza

kat bugis street..byk brg kat sini.VB beli jam tgn..hehe

sehari sakan juga la berjalan kat singapore..

kat Marina bay

kat chinese town

mmg pengalaman yg xdpt dlupakan.maybe tahun depan nk gi lagi..satu pglmn yg vb xdpt dlupakan....

Wednesday, October 6, 2010

ternyata Malaysia bukan Pencuri Kebudayaan Indonesia

Friday, September 24, 2010

Raja Jatuh Cinta


Raja Jatuh Cinta

ku tak bisa berhenti
untuk mencarimu
walau kini yang ada
kamu tak mau

ku tak bisa berhenti
untuk mencintaimu
jangan tanyakan mengapa
karna ku tak tahu

reff:
seribu wanita menggoda
hanya kamu yang jadi ratu hatiku
seribu kali kau hancurkan
masih ada banyak waktu memaksamu

huuu, huuuu, raja sedang jatuh cinta kepadamu
huuu, huuuu, raja sedang jatuh cinta kepadamu

ku tak bisa berhenti
untuk memujamu
dan aku takkan menyerah
oh hanya kamu

ku tak bisa berhenti
untuk mengagumi
jangan sia-siakan aku
ku ingin kamu
(repeat reff)

Never say no to Panda!

Tuesday, September 14, 2010

Selamat Hari Raya VB Ucapkan


Assalamualaikum buat teman Blog VB yg disayangi..alhamdullilah Raya sudah tiba kembali..walaupun da masuk hari ke 5 hari raya..VB still nk wish salam aidilfitri buat kwn2 blog VB ,ampun maaf dipinta sekiranya ada terkasar bahasa,terguris jiwa...

Moga Raya kali ini lebih bermakna dgn suci jiwa,bebas segala hasad dengki yang paling penting zero dosa...

kepada yg balik kg VB wish pandu cermat jiwa selamat....

wassalam

Thursday, April 29, 2010

Doa Untuk Hilangkan Kesedihan Kalau Banyak Hutang !

Firman Allah swt. di dalam surah Al-A'raaf ayat 54

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu bersemayam di atas ‘Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti), dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.”

Keterangan :
Ada suatu cerita, bahawa pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang khabarnya kaya-raya, tetapi kemudian tiba-tiba kekayaannya hilang dan ia di bebani hutang yang banyak . Kehidupannya menjadi duka dan nestapa.

Pada suatu malam ia keluar rumah, pergi berjalan-jalan mengelilingi daerah sekitarnya hingga larut malam. Tiba-tiba pada suatu lorong, didengarnya dengan khusyu’ bacaan seseorang, sehingga pada suatu ayat yang berbunyi: Alaa Lahul Kholqu Wal Amru Tabaarokallaahu Robbul ”aalamii” (surah Al-A’raaf, ayat 54). Ayat itu rupanya sangat berkesan dihatinya sehingga ia membacanya berulang-ulang seraya meneruskan perjalanannya yang tidak menentu. Tiba-tiba azan Subuh telah di dengarnya, petanda hari telah pagi, kemudian pulanglah ia. Setelah berwuduk dan Solat Subuh, matanya masih juga tidak mahu dipejamkan, kerana itu ia lalu duduk-duduk saja diserambi rumahnya seraya kembali membaca ayat yang di dengarinya tadi berulangkali.

Tidak berapa lama kemudian, datang seorang lelaki mengetuk pintu rumahnya. Setelah membalas salam, tetamunya kemudian di persilakan masuk dan bertanya: ”Apakah hajat tuan kemari?” Tamu yang tidak di undang itu menjawap: ”Saya datang ke sini kerana hendak menitipkan wang kepada tuan.” Lelaki miskin itu menjawap”Maaf, saya sebenarnya bersedia untuk menolong tuan, tetapi saya tidak berani, kerana saya ini orang miskin. Tidak ada jaminan jika wang anda itu nanti terpakai olehku.” Si tetamu itu menjawap ”Jika itu masalahnya, tidak mengapa, tuan boleh menggunakan wang ini,” lalu menyerahkan wangnya kepada lelaki miskin tadi, kemudian memohon untuk pergi.

Selang beberapa hari berikutnya, datanglah kafilah yang membawa barang dagangan dari luar kota. Di dalam kafilah itu ada orang tadi (iaitu oarng yang menyerahkan wang kepadanya). Kemudian mengadakan tukaran perdagangan dengan ketua kafilah itu. Setelah bersetuju, maka di belinya semua barang-barang tersebut dengan menggunakan wang tetamunya.

Pada hari berikutnya, barang-barang itu dijual dengan keuntungan yang besar, sehingga ia mendapat hasil yang berlipat ganda. Demikianlah wang amanah tetamunya itu di pergunakan untuk berniaga, dan perniagaannya maju pesat, dengan demikian keuntungan dari wang tetamunya bertambah.

Setelah tetamunya datang semula dan di persilakan masuk sebagaimana biasa, lalu lelaki yang empunya rumah masuk ke dalam mengambil wang amanah tadi termasuk wang keuntungannya sekali, yang kini jumlahnya berlipat-ganda. Tetapi tetamunya itu membiarkan sahaja wang itu, bahkan kemudian berkata: ”Wang yang aku amanahkan dahulu itu aku berikan kepada tuan, bersama-sama wang keuntungannya sekali. Aku ini sebenarnya Malaikat Penjaga ayat yang sentiasa anda baca itu,” Lalu Malaikat itu menghilang dari pandangan matanya. Setelah kejadian itu, ia pun sentiasa membaca ayat tersebut sebanyak mungkin, dan akhirnya ia kembali kaya sehingga dapat melangsaikan hutang-hutangnya yang banyak itu.
Blog Widget by LinkWithin