Followers

Sunday, March 10, 2013

Panduan Menyambut Kelahiran Bayi


=====================
1. Azan dan Iqamah
- Lafaz Azan : Di telinga kanan
- Lafaz Iqamah : Di telinga kiri
- Doa selepas Azan dan Iqamah
Cara : Pegang bayi dengan menghadap ke arah kiblat, azankan ke telinga kanan dahulu. Kemudian pusing bayi dan iqamahkan ke telinga kiri
- Membaca Surah Al-Qadr dan ditiupkan di telinga kanan
- Membaca Surah Al-Ikhlas dan ditiupkan di telinga kiri

Tujuan dan hikmahnya:
i. Perkara pertama yang didengarkan oleh bayi itu adalah kalimah seruan yang mulia yang mengandungi kebesaran Allah dan kalimah Syahadah.
ii. Agar dakwah kepada Allah dan agamaNya lebih dahulu sampai kepada bayi tersebut daripada mendengar seruan dan hasutan syaitan.

2. Tahnik
Tahnik bermaksud mengunyah kurma serta memindahkannya ke lidah anak yang baru dilahirkan. Kalau tiada kurma, bolehlah digantikan dengan manisan lain seperti madu.
Cara:
i. Letakkan madu atau kurma yang telah dikunya di hujung jari manis
ii.Bacakan surah Insyirah dan Surah Toha (ayat 25-28)
iii.Masukkan jari beserta madu atau kurma ke langit2 mulut bayi
iv.Biarkan bayi menghisap jari tersebut

3. Sujud Syukur

4. Doa
Ibubapa hendaklah sentiasa mengamalkan doa2 seperti doa harian dan mendidik anak2 supaya membaca doa2 tersebut. Antara doa2 yang boleh dijadikan amalan adalah seperti:

i. Doa agar patuh kepada Allah "Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan jadikanlah di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukilah kami cara2 dan tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." (Al-Baqarah : 38)

ii. Doa agar diberi anak yang baik
"Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa." (Al-Imran : 38)

iii. Doa agar diberikan zuriat yang menyenangkan hati
"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri2 kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang2 yang bertaqwa." (Al-Furqaan : 74)

iv. Doa agar tetap mengerjakan solat
"Wahai Tuhanku, jadikanlah Aku dan anak cucuku orang2 yang tetap mendirikan solat, Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa kami." (Al-Ibrahim : )

5. Mandi wajib
- Wiladah
Wiladah bermaksud melahirkan anak. Seorag ibu yang bersalin ada kalanya tidak keluar darah. Ulamak bersepakat mengatakan hukumnya adalah wajib mandi kerana anak tersebut terjadi daripada mani lelaki dan perempuan.
- Nifas
Nifas pula bermaksud melahirkan anak dengan diikuti keluar darah sebagaimana kebiasaan ibu yang melahirkan anak. Ia mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi wajib setelah kering atau suci daripada darah nifas. Ia termasuk dalam mandi hadas besar atau mandi junub.
6. Pengendalian Temuni (uri bayi)
Pengendalian sebenar hanyalah perlu dibasuh dengan bersih seterusnya dibungkus dengan kain kemudian hendaklah mencari tempat yang sesuai untuk menanamnya supaya tidak akan dapat digali oleh binatang seperti anjing dan sebagainya dan ditanam tanpa mewujudkan kepercayaan yang tidak sakinah.

7. Penyusuan bayi
Hikmah Menyusukan Bayi
-Setiap tegukan dari susu ibu, Allah s.w.t memberi pahala satu kebaikan
-Air susu yang pertama dipanggil al-laba' akan menjadikan tubuh badan anak tegap serta akan terhindar daripada jangkitan kuman penyakit seperti selsema, lelah, radang paru-paru dan sebagainya
-Apabila ibu tidak dapat tidur semalaman kerana menjaga anaknya, maka diberikan pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah
-Makanan yang terbaik mengandungi zat makanan untuk bayi membesar dan membantu perkembangan otak bayi
-Mengelakkan ibu dijangkiti penyakit kronik seperti barah payudara dan sebagainya

8. Amalan hari ketujuh
- Mengisytihar nama anak
- Bercukur dan bersedekah
- Aqiqah

Semoga berguna..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...