bagaimana kita ingin mengendalikan sebuah perkahwinan jika ditakdirkan isteri kita lebih tua atau berusia dari kita.
Berkahwin dengan wanita yang jauh lebih tua dari kita memang boleh mengundang pelbagai dugaan dan cabaran. Tapi usah risau, dalam menempuh pelbagai cabaran tersebut, ada kebaikkannya juga jika kita berkahwin dengan isteri lebih tua.
Salah-satu cabaran yang biasa akan anda sebagai suami muda akan tempuh ialah isteri yang lebih berusia dari anda sifat cemburunya yang agak kuat. Ye lah kan, suami lebih muda, kalau suami jeling sikit pada wanita yang lebih muda atau seusia dengan anda, pastinya isteri anda itu akan cepat terasa. Cemburu la katakan. Tapi takpe, itu tandanya dia memang sayangkan anda.
Bagaimana pula jika anda berada dalam situasi seperti ini?
Berikut saya kongsikan satu tips yang boleh anda cuba amalkan jika isteri anda naik jealous dengan anda:
Cepat-cepat pujuk isteri anda sambil berkata, “Abang tengok perempuan tu sebab dia cantik hanya di mata Abang. Tapi hanya Ayang sorang yang tetap teguh bertakhta di hati Abang selamanya. Kecantikan perempuan tu nanti akan pudar juga ditelah usia. Tapi cinta dan sayang Abang kepada Ayang, takkan sesekali pudar di telan usia.”
Ok, sekarang kita bincangkan pula soal dari segi persediaan yang perlu anda lakukan dalam menempuh alam perkahwinan bersama wanita yang lebih berusia dari anda.
Persediaan yang paling penting dan utama perlu anda beri sepenuh fokus ialah dari segi mental dan rohani.
Caranya ialah dengan melengkapkan diri anda dengan seberapa banyak ilmu yang boleh tentang mengendalikan hubungan rumahtangga. Tak lupa juga hal-hal berkaitan agama dan fiqh munakahat (perundangan rumahtangga Islam). Baca buku atau nak mudah cari sahaja info di Internet, boleh juga cari di bahagian keluarga dalam HarianIslam.
Dengan adanya ilmu, lebih mudah anda kelak sebagai suami untuk melayari dan menjadi nakhoda bahtera perkahwinan anda. Segala konflik rumahtangga mampu anda selesaikan dengan tenang.
Antara kelebihan-kelebihan kita berkahwin dengan wanita yang lebih berusia adalah:
- Mengikut kajian, wanita yang lebih berusia ini lebih penyayang, mengambil berat pasangan, pandai mengambil hati suami serta daya pemikirannya lebih matang.
- Mempunyai tahap kesabaran yang lebih tinggi dan akan lebih tenang jika berhadapan dengan sebarang konflik. Ini kerana dia mampunyai pengalaman hidup yang lebih banyak berbanding suami.
- Sunnah Nabi SAW. Rasullullah kan berkahwin dengan Siti Khadijah RA yang jauh lebih tua. Betul tak?
Jika kita memang telah dijodohkan dengan wanita yang lebih tua, terimalah dan panjatkanlah rasa syukur kepada Allah SWT. Laluilah perkahwinan tersebut berpaksikan iman dan taqwa. InsyaAllah, perkahwinan anda mampu kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Rujuk artikel: Adakah Dia Jodoh Yang Sesuai Buat Kita
Cuma satu nasihat yang perlu dipegang oleh si isteri terutamanya sekali. Walaupun isteri berumur lebih tua dan memilikki pengalaman hidup yang lebih banyak, martabat suami sebagai ketua, pemimpin dan nakhoda anda tidak boleh sesekali dilupakan.
Suami masih tetap wajib anda patuhi dan hormati segala keputusannya. Anda sebagai isteri boleh memberi pandangan dan pendapat. Hormatilah suami anda seperti mana anda menghormati orang yang lebih tua dari anda. InsyaAllah diri anda dan rumahtangga anda akan mendapat barakah dari Allah SWT.
No comments:
Post a Comment