Followers

Wednesday, October 31, 2012

senarai skim pelaburan yang di haramkan oleh Bank Negara Malaysia



 

Tuesday, October 30, 2012

THE DENDAMERS-PARODY BUAT PENGEMAR AVENGER


Monday, October 29, 2012

what stage are u at covering aurah!!!


Tuesday, October 23, 2012

Kenali wanita mengikut 4 unsur(air,api,tanah dan angin)


~~Kenali Wanita~~

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas

d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

aRT-LAMPU HIASAN DENGAN MENGGUNAKAN MENTOL TERPAKAI

Lamp Virus


Lamp Cube

aRT-LAMPU GANTUNG DENGAN MENGGUNAKAN HANGER BAJU

10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN



10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN
===========================


1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.


2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa. 

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Monday, October 22, 2012

Cara Penguguran janin berusia 23 minggu


Jangan menghampiri zina, kelak berlakulah kejadian seperti begini. Nyawa insan yg tak bersalah digadaikan demi menjaga maruah si pendosa. Nyawa insan tidak bersalah. Apa perasaan si bayi dalam kandungan. Mesti kesedihan melihat si ibu sanggup melakukan apa saja demi manja maruah.

TIPS-BERSIHKAN PAPAN PEMOTONG SEPERTI BARU.



• Potong buah lemon kepada 2 bahagian.
• Perah dan tekankan keseluruh bahagian.
• Biarkan selama 20minit.

Cubalah !

ART-bola tenis

bola tenis boleh diguna pakai kembali dengan kreativiti anda....

ART-rak majalah dari curtain rod

Other CREATIVE IDEA untuk rak majalah dan buku yang ringan.

• gunakan curtain rod yang jenis double (Ikea ada jual)
• beli fabric yang tebal boleh suruh kedai jahit.
• bestnya adalah warna fabric itu boleh beli pattern dan warna yang bersesuaian dengan warna tema rumah kita.

Jambatan Sungai Yang Unit



Sebuah jambatan dibina dalam berkedudukan ti tengah-tengah laluan sebatan sungai. Laluan ini bagaimanapun selamat dlalui kerana paras asir sungai sentiasa dikawal oleh pihak berwajib.

Jambatan Sungai Yang Unit Kebiasaannya kita melihat jambatan direka khas untuk merentasi sungai.Malah kedudukan jambatan tersebut terletak di atas batang sungai tersebut. Tetapi lain pula di sini, sebuah jambatan pelik telah direka khas sebagai jambatan yang menyusuri laluan di tengah-tengah sungai. Apa yang membuatkan kami tertanya-tanya, bagaimanalah jika tiba-tiba air sungai naik atau melimpah, sudah tentu laluan tersebut akan banjir. Kalau tidak percaya, jom layan gambar jambatan pelik di bawah ini.









Yang tak tahannya, kebiasaannya kita tengok jambatan berada diatas tinggi dari paras air sungai. Tetapi jambatan pelik ini berada didalam sungai dan sama paras dengan air sungai.Nampak seperti jambatan itu membelah sungai. Hebat!

Tujuh Keajaiban di Malaysia



Menyentuh isu struktur dan seni bina, kita tidak dapat lari daripada membicarakan mengenai tujuh perkara ajaib di dunia. Bagaimanapun, mungkin tidak ramai daripada kita yang sedar, negara kita juga mempunyai tujuh seni bina ‘ajaib’. Sebenarnya artikel ini tidak merujuk mana-mana pengiktirafan, akan tetapi ia adalah antara binaan yang luar biasa terdapat di Malaysia. Selain itu mungkin terlalu jauh untuk kita bandingkan dengan tujuh keajaiban yang terkenal di dunia, tetapi sebagai sebuah negara yang masih muda, Malaysia patut berbangga kerana mempunyai struktur-struktur binaan yang menakjubkan.

Antara tujuh struktur binaan yang boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang menakjubkan di negara ini ialah:

1. Menara berkembar Petronas (KLCC)
2. Menara KL
3. Putrajaya
4. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
5. Jambatan Pulau Pinang
6. Bangunan Sultan Abdul Samad
7. Menara condong Teluk Intan
1.Menara berkembar Petronas (KLCC)Apa: Bangunan berkembar yang menjadi salah satu daripada kebanggaan rakyat Malaysia ini memuatkan pejabat dan juga pusat membeli belah tumpuan ramai.



Kedudukan: Di tengah bandar raya Kuala Lumpur

Fakta: Bangunan ini direka bentuk oleh Ceasar Pelli, hasil ilham dari bentuk geometri Islam. Bangunan ini diperbuat daripada konkrit, besi dan kaca.Bangunan setinggi 452 meter ini merupakan bangunan kembar tertinggi di dunia dengan 88 tingkat bagi setiap bangunan. Bangunan ini disambung di tengahnya oleh sebuah jambatan.

Menakjubkan: Menara berkembar ini dilengkapi dengan 32,000 buah tingkap, 29 buah lif laju dan 10 buah tangga bergerak di setiap bangunan.

2.Putrajaya

Apa: Pusat pentadbiran kerajaan bercirikan bandar dalam taman dan bandar pintar

Kedudukan: Meliputi kawasan seluas 4,581 hektar di Prang Besar, Sepang, Selangor.

Fakta: Mula dibina pada 16 April 1995. Fasa pertama pembinaannya termasuk Pejabat Perdana Menteri siap pada tahun 2000. Pembinaan Putrajaya dijangka siap sepenuhnya dalam jangka masa 15 tahun bermula tahun pembinaanya pada 1996. Kawasan ini dibahagikan kepada dua kawasan utama iaitu kawasan pusat dan kawasan persekitaran. Kedua-dua kawasan ini dipisahkan oleh sebuah tasik besar. Kawasan pusat menempatkan pejabat-pejabat kerajaan yang dibahagikan kepada lima prisin iaitu prisin kerajaan, komersial, sivik dan kebudayaan, pembangunan bercampur dan sukan serta rekreasi. Kawasan persekitaran pula mempunyai 14 kawasan perumahan.

Menakjubkan: Apabila siap sepenuhnya, Putrajaya dijangka akan mempunyai 67,000 buah rumah di sekitarnya dengan populasi 330,000 orang.
3.Menara Kuala LumpurApa: Menara keempat tertinggi dunia dan yang tertinggi di Asia Tenggara



Kedudukan: Bukit Nanas, Kuala Lumpur

Fakta: Menara Kuala Lumpur yang mengambil masa pembinaan empat tahun bermula pada 1992 ini direka bentuk khusus supaya dapat menahan kelajuan dan tekanan angin sehingga 144.5 km sejam. Berat keseluruhan menara konkrit ini ialah 100,000 tan dengan ketinggian 421 meter. Ia dibina menggunakan 45,000 meter padu konkrit kukuh dan 1,300 struktur keluli. Menara ini mempunyai 2,058 anak tangga.

Menakjubkan: Lif di bangunan ini mempunyai kelajuan sehingga 9.6 km/saat dan ia mampu sampai ke menara dalam masa kurang daripada seminit iaitu lebih kurang 54 saat.

4.KLIA

Apa: Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini adalah antara lapangan terbang terbesar dan termaju di dunia.

Kedudukan: Kira-kira 50 kilometer di selatan Kuala Lumpur dan meliputi kawasan seluas 10,000 hektar.

Fakta: KLIA yang disiapkan dalam jangka masa yang singkat iaitu empat setengah tahun ini melibatkan 25,000 tenaga kerja dengan kos RM13.3 bilion. Lapangan terbang ini mempunyai 46 pintu jejantas aero, dua landasan tercanggih dan 106 stesen kapal terbang berbanding Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang mempunyai hanya 14 jejantas aero dan 44 stesen kapal terbang. Dinding bangunan KLIA bukan diperbuat daripada batu bata seperti sebelum ini, sebaliknya daripada besi geometri yang menampung kaca bagi membolehkan pemandangan dapat dilihat dari luar tanpa sebarang gangguan.

Menakjubkan: Terdapat kira-kira 1,300 kamera televisyen keselamatan di seluruh lapangan terbang ini.

5.Menara Condong Teluk Intan

Apa: Menara jam yang dibina oleh seorang kontraktor, Leong Chonn Chong pada tahun 1885 dengan tujuan asal menyimpan air.

Kedudukan: Di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Perak.

Fakta: Bentuknya seperti sebuah pagoda. Dari luar ternampak seolah-olah menara ini adalah bangunan lapan tingkat, tetapi sebenarnya hanya terdapat tiga tingkat sahaja. Di tingkat atas sekali terletak tangki air yang boleh memuatkan 19.26 meter padu air. Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan sehingga kini. Bagaimanapun, apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali sebagai Menara Condong. Bangunan ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 4.6 meter. Struktur bangunan ini dibuat daripada batu dan kayu dan setiap tingkat dilengkap dengan lorong jalan kaki. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 12.9 meter 43 kaki dan menguncup ke atas 8.1 meter.

Menakjubkan: Kerana keunikannya, Menara Condong Teluk Intan ini juga dikenali sebagai Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pissa di Itali.

6.Jambatan Pulau Pinang

Apa: Sebuah jambatan yang menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Pinang. Jambatan ini merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan negara dan merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di Asia.

Kedudukan: Antara Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Fakta: Hasrat untuk membina jambatan sepanjang 13.5 km ini telah mula diilhamkan sejak tahun 1971 lagi. Setelah beberapa rundingan dilakukan, jambatan yang mula dibina pada 1982 dengan kos RM850 juta ini menjadi kenyataan pada September 1987. Pembinaanya dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Rentang utamanya sepanjang 225 meter dibina menggunakan kaedah cable stayed girder. Lokasi tertingginya dari paras laut ialah 32 meter. Jambatan ini dibina dengan empat lorong dan dilebarkan kepada enam lorong di bahagian rentang utamanya. Jambatan ini mempunyai dua buah persimpangan bertingkat dan sebuah tol plaza.

Menakjubkan: Jambatan ini boleh menampung 100,000 kenderaan sehari.
7.Bangunan Sultan Abdul SamadApa: Bangunan utama yang didirikan di Kuala Lumpur yang ketika itu hanya mempunyai rumah-rumah kedai yang kecil. Bangunan ini kini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.



Kedudukan: Jalan Raja, Kuala Lumpur

Fakta: Bangunan ini meliputi dua bangunan berkembar dengan ketinggian 17.1 meter dan meliputi 10,200 meter persegi. Pembinaannya mengambil sempena nama Sultan Selangor keempat iaitu Sultan Abdul Samad yang memerintah ketika itu (1859 – 1898). Bangunan ini dilengkapi dengan menara berkubah tembaga dan mempunyai menara jam setinggi 130 meter.

Menakjubkan: Sebuah kilang telah diwujudkan khusus bagi membekalkan empat juta bata merah dan juga bahan-bahan pembinaan lain seperti kayu, simen, batu kapur, tembaga dan besi untuk membina bangunan ini.

Segala struktur binaan di Malaysia ini amat membanggakan terutamanya kita sebagai rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi dengan wujudnya lapangan terbang bertaraf antarabangsa, Menara Kuala Lumpur, dan Menara KLCC. Semuanya melambangkan kemegahan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.

Avengers vs PSY Gangnam Style(BETA)


Wonder Girls(Be My Baby)- Wonder World Tour in Malaysia


wonder girl berbaju kurung..mcm ni la bgus..ikut culture malaysia.tp artis kita pula skrg ni yg masih terbawa2 culture luar la pulok..enjoys

Sunday, October 21, 2012

AFF Suzuki 2013 - Senarai Pemain Malaysia


Senarai pemain yang dipanggil menyertai latihan bersama skuad kebangsaan utk persiapan Piala AFF Suzuki #

Wanita Lahirkan Anak Kuda

Sebenarnya banyak kita dengar kes-kes tentang wanita melahirkan anak tetapi dalam bentuk fizikal haiwan. Seperti sebelum-sebelum ini kita juga pernah mendengar kes melahirkan ular dan sebagainya. Kejadian pelik kali ini pula berlaku di Benin City, Nigeria di sebuah gereja. Seorang wanita yang dikatakan tidak pernah mengandung selama 11 tahun telah melahirkan sesuatu yang amat pelik, iaitu seorang bayi yang menyerupai kuda. Bahkan ada juga yang mengatakan ia menyerupai seekor kambing.


Seorang saksi, Puan Veronica Egiebor, seorang jururawat, menyatakan bahawa wanita itu adalah seorang penjual sayur-sayuran dan telah berkahwin. Tujuannya datang ke gereja adalah berdoa dan memohon diberikan anak.

Beliau telah memegang kaki seseorang itu dengan pakaian kerana dia menolak sukar untuk bayi untuk keluar. Kemudian, ada sesuatu yang kelihatan jatuh. Namun bila dilihat, sesetengah orang memanggilnya kambing tetapi ia kelihatan seperti kuda. Ianya mempunyai leher yang panjang dan telinga yang panjang. Ia adalah sama seperti kuda, walaupun ia adalah dalam bentuk bayi.

Kejadian tersebut berlaku dalam sebuah gereja yang di gelarWorld Liberation Ministry, Evuoriaria Community di Nigeria sewaktu sessi berdoa oleh paderi.

Bayi berupa kuda itu dikatakan mati setelah beberapa ketika, ianya dibiarkan diatas lantai gereja untuk tatapan orang ramai sebelum dibuang pada keesokkan harinya.

Memang terkejut dan pelik. Sudah pasti wanita itu akan menjadi trauma akibat peristiwa tersebut. Bayangkan, dia yang tidak pernah mengandung, tiba-tiba boleh beranak anak yang menyerupai kuda pula itu. Namun tiada siapa yang dapat merungkai perkara misteri ini. Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.

Tips elak tipu helah penjenayah yang menyamar sebagai penghantar bungkusan.


SHARING IS CARING: Tips elak tipu helah penjenayah yang menyamar sebagai penghantar bungkusan.


Jika ketika anda berada di rumah, dan didatangi oleh seorang individu yang mendakwa beliau dari syarikat perkhidmatan pos/ kurier dan turut mendakwa mempunyai bungkusan yang dialamatkan ke rumah anda, ikuti beberapa tips ini sebelum menerimanya:

1. JANGAN JADIKAN TABIAT untuk segera membuka pintu atau pagar rumah jika menerima kunjungan daripada orang yang tidak dikenali.


2. Pastikan beliau berpakaian KEMEJA RASMI syarikat. Satu kelebihan kepada anda jika mengingati warna atau rekaan pada kemeja rasmi yang digunakan oleh syarikat-syarikat perkhidmatan pos/kurier di negara ini.

3. TANYAKAN BEBERAPA SOALAN mengenai bungkusan yang dihantar. Misalnya nama, alamat serta nombor telefon pengirim serta penerima yang tertulis pada bungkusan tersebut. Jika beliau memberi pelbagai alasan untuk tidak menjawab soalan anda, JANGAN TERIMA BUNGKUSAN TERSEBUT.

4. Pada masa yang sama, HAFAL BENTUK FIZIKAL individu berkenaan. Maklumat sedemikian amat penting kepada pihak polis jika individu berkenaan bukanlah penghantar bungkusan yang sebenarnya. Tips tambahan: Ambil gambar individu tersebut secara bersembunyi menggunakan telefon berkamera misalnya.

5. Jika bungkusan tersebut dinyatakan atas nama ahli keluarga yang lain, AMBIL MASA SEBENTAR UNTUK HUBUNGI mereka dan dapatkan kepastian sama ada mereka ada membuat pembelian atas talian atau memenangi sebarang peraduan.

Dan akhir sekali,

6. Anda perlu PEKA KEPADA MASA/WAKTU bungkusan tersebut dihantar. Periksa waktu operasi syarikat tersebut yang sebenarnya. Jika ia dihantar agak lewat petang/malam, mohon ia dihantar keesokan harinya, kecuali anda telah pun dimaklumkan terlebih dahulu oleh pihak mereka waktu penghantaran ke rumah anda.

N.papercup Malaysia 1 - 0 Vietnam 21.10.12

selamanya..selamanya harimau melaya..selamanya




Thursday, October 18, 2012

16 Tanda Kematian Mulia

Satu fakta yang benar, semua manusia akan mati, walau sehebat mana dia di dunia ni. Semua nak mati dalam keadaan baik. Kematian bagaimanakah yang dipanggil kematian yang baik itu?

16 Tanda-Tanda Kematian Mulia | Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik ‘husnul khatimah’? Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah atau kematian yang baik ini. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

Gambar hiasan: Setiap manusia akan mati, bezanya cuma mati baik atau buruk sahaja.

1.Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

2.Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dariBuraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3.Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

4.Mati syahid di dalam medan perang.

5.Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah. Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.” Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6.Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut: Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7.Mati kerana tenggelam.

8.Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah. Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9.Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10.Mati terbakar.

11.Mati kerana penyakit busung perut. Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, matitenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12.Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid,mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13.Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14.Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapamati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

15.Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16.Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah

Bicara Agama – Waktu-waktu Yang Diharamkan Solat

Waktu-waktu Yang Diharamkan Solat | Solat adalah ibadah yang dilakukan dengan perkataan dan perbuatan khusus yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Solat terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Solat wajib/ fardhu dan juga solat sunat. Solat wajib iaitu solat lima waktu manakala solat sunat pula seperti solat dua hari raya, solat sunat rawatib dan beberapa solat sunat yang lain.



Solat wajib punyai waktu-waktunya yang tersendiri begitu juga dengan beberapa solat sunat. Umumnya sesetengah solat sunat boleh sahaja dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja melainkan pada waktu yang diharamkan kita bersolat. Waktu-waktu yang diharamkan kita bersolat adalah sebagaimana yang berikut:

Haram hukumnya menunaikan solat pada tiga waktu selain yang telah dikecualikan oleh sebahagian ulama’ mazhab. Waktu tersebut adalah :
1. Ketika matahari terbit sehingga sedikit naik, baik solat fardhu, solat sunat, samada secara tunai atau qadha.

Perkara tersebut berdasarkan riwayat: Daripada Uqbah bin Amir r.a dia beliau berkata :
” Tiga waktu yang kami dilarang oleh Rasulullah SAW menunaikan solat dan mengebumikan orang mati; Ketika tepat matahari terbit sehingga naik,ketika betul-betul tengah hari (matahari naik tegak atas kepala) dan ketika matahari condong (hampir terbenam) sehingga benar-benar terbenam.” ( Riwayat Ahmad,Muslim,Nasai,Ibnu Majah,Tirmizi,Abu Daud )

Ulama’ Syafi’eyah dan Malikiyyah dalam masalah ini mengecualikan Solat Subuh dan Asar. Jika seseorang menunaikan Solat Subuh dan tinggal satu rakaat kemudian masuk waktu tepat matahari terbit , maka dia boleh meneruskan solat itu sehingga selesai. Begitu juga dengan Solat Asar.

Jika seseorang menunaikan Solat Asar dan tinggal satu rakaat sahaja lagi kemudian tiba waktu betul-betul terbenamnya matahari maka dia boleh meneruskan solatnya sehingga selesai.

Menurut Ulama’ Hanafiyyah pula apabila seseorang solat dan ditengah-tengah solat matahari terbit, maka batal solatnya tersebut. Jika yang dilakukan adalah Solat Asar dan tinggal satu rakaat sahaja kemudian tiba waktu matahari terbenam, maka solatnya boleh diteruskan dan sah sebagaimana menurut kebanyakan ulama’.

Perkara tersebut merujuk kepada hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
” Siapa yang mendapat satu rakaat dari salah satu solat, maka dia telah mendapat solat tersebut.”

Di dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari disebutkan maksudnya:
” Apabila salah seorang kamu semua mendapat satu sujud dari solat Asar sebelum terbenam matahari,maka sempurnalah solatmu. Dan jika mendapat satu sujud pada Solat Subuh sebelum terbit matahari,maka sempurnalah solatnya.” Maksud perkataan sujud dalam hadis tersebut adalah rakaat.
2. Ketika istiwa’ iaitu matahari berada tepat di atas kepala pada tengah hari sehingga tergelincir sedikit.

Perkara ini berdasarkan kepada hadis Uqbah di atas. Namun demikian Ulama Malikiyyah dan Syafieyyah mengecualikan pada hari Jumaat dan ketika solat di Masjidil Haram, Mekah. Perkara ini disepakati juga oleh Ulama Hambali dalam bab dibolehkan menunaikan solat Tahayyatul Masjid dalam waktu tersebut pada hari Jumaat.

Demikian juga pendapat Imam Abu Yusof yang beraliran Ulama Hanafiyyah. Dalilnya merujuk kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah r.a berkata:” Rasulullah SAW membenci solat pada tengah hari selain hari Jumaat dan bersabda:” Sesungguhnya api neraka jahanam menyala kecuali pada hari Jumaat.” ( Riwayat Abu Daud ).

Adapun dalil yang mengecualikan solat yang dilakukan di Masjidil Haram di Kota Mekah adalah riwayat daripada Jubair bin Muth’im bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya:” Wahai Bani Abdi Manaf janganlah kamu semua menghalang seseorang yang akan tawaf di rumah ini ( Masjidil Haram ) dan jangan pula menghalang orang yang hendak solat pada waktu bila pun di malam atau siang hari. ” ( Riwayat Ashabus Sunan dan disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Tirmizi )
3. Ketika matahari kekuning-kuningan hendak terbenam sehingga benar-benar terbenam iaitu kira-kira seseorang mampu melihat ke arah terbenamnya matahari. Dikecualikan bagi solat asar yang telah mendapat satu rakaat dan solat di Masjidil Haram sebagaimana merujuk dalil hadis-hadis di atas. Wallahua’lam..

Rujukan: Fiqh Solat Empat Mazhab oleh Syekh Abdul Qadir Ar-Rahbawi (Bicara Agama)

Dakwah -15 Rahsia Kaabah di Mekah

Kaabah di Mekah merupakan kiblat umat Islam di seluruh dunia dan menjadi tempat untuk umat Islam melakukan ibadah haji dan umrah.


15 Rahsia Kaabah di Mekah | Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.

Cara tunaikan tawaf di Kaabah Mekah.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Wallahualam….

Produk yg mengandungi DNA babi lg


ART-new design untun kerusi serba boleh


SHORT FILM: PASPORT EKSPRES

Filem pendek kita di Youtube jauh lagi bagus dari movie harga jutaan di bioskop! Syabas! Filem pendek ini sangat power!

Thanks @OhbulanCom for the tips!

Jika mahukan berita hiburan di Malaysia sila ke OhBulan!

AES application for (iOS)

Kelihatan pembangunnya telah mengalih keluar aplikasi tersebut daripada AppStore. Mungkin untuk mengemaskininya, ataupun sebaliknya.


Dengan sistem AES yang mula dikuat-kuasakan secara berperingkat dan menjadi bualan hangat oleh ramai pengguna tempatan, kini salah seorang pembangun hadir dengan sebuah aplikasi khas untuknya.

Aplikasi khas untuk para pengguna iOS ini ditawarkan secara percuma, dimana ia menyenaraikan senarai sebanyak 831 lokasi. Melalui aplikasi ini, dengan sokongan penggunaan geolokasi terbina pada peranti iOS, ia membolehkan notifikasi diperlihatkan apabila anda menghampiri sesuatu lokasi AES.

Untuk makluman, buat masa ini, hanya sebanyak 14 kamera sahaja beroperasi, dengan selebihnya akan dipasang dalam tempoh masa 18 bulan akan datang. Namun, aplikasi ini menyenaraikan kesemua lokasi sama ada yang aktif ataupun tidak.

Bagi para pengguna yang aktif menggunakan aplikasi seumpama Waze, mungkin mereka tidak memerlukan aplikasi ini, memandangkan beberapa lokasi telah pun sedia ditandakan oleh pengguna Waze tempatan. Namun, bagi sesiapa yang inginkan sesuatu alternatif, ataupun inginkan aplikasi tambahan untuk AES, mungkin boleh mendapatkannya daripada AppStore hari ini.

VIDEO-Aku Suka Dia Ainan Tasneem Official MV HD


layan sikit lagu ni di hari jumaat..fuhhhh sawah bendang rindunya

AES detector bagi penguna android !!!


AES detector bagi penguna android !!!



Berita baik bagi pengguna Android.., satu aplikasi telah dicipta oleh warga Malaysia yang membolehkan peranti android korang mengesan lokasi kamera AES berada..
Aplikasi ni akan mengesan lokasi AES yang berada 500 meter dari posisi kereta korang sewaktu memandu di lebuhraya..


Dan aplikasi ni juga akan membunyikan signal amaran sebaik saja kereta korang memasuki jarak 500 meter sebelum sampai ke kamera AES yang dipasang di kawasan tersebut..


Yang paling best.., aplikasi AES Detector ni FREE je beb.. lau korang tak ada sofware adobe AIR .. install yang ni dulu ..lengkapkan resepi2nya.. pastu pasang lah..hehehe.. 





Wednesday, October 17, 2012

Misteri Segi Tiga Bermuda Yang Masih Belum Terungkai

Apabila kita menyebut sahaja tentang misteri Segi Tiga Bermuda, masing-masing tertanya apakah sebenarnya yang ada di kawasan tersebut. Pelbagai cerita dan kisah kita dengar sehinggakan timbul cerita sesiapa sahaja yang melaluipulau tersebut akan lenyap dan di bawa ke dunia yang lain. Sememangnya kisah ini ternyata sudah lama, namun sehingga kini misterinya masih lagi belum terungkai. Ikuti ulasan di bawah ini.


Kegembiraan Christopher Columbus dan anak kapalnya menemui benua Amerika pada 1492 tiba-tiba saja bertukar menjadi mimpi ngeri. Tanpa diduga, ketika meneruskan pelayaran, kumpulan ekspedisi berkenaan tidak hanya menemui benua baru itu tetapi turut berhadapan dengan fenomena mistik yang meremangkan bulu roma dan menyeramkan.

Di tengah samudera luas, secara tiba-tiba jarum kompas di kapal Columbus bergerak tanpa arah yang pasti. Kejadian aneh berkenaan semakin membingungkan kerana ia berlaku ketika cuaca di luar kapal begitu baik.

Peristiwa mistik tidak tamat di situ saja. Tidak lama selepas itu, ketika malam menjelma, kalangan kelasi dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjatuh ke dalam laut tidak beberapa jauh daripada kapal berkenaan.

Mereka juga melihat satu lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja. Pengalaman aneh itu dicatatkan Columbus ketika menceritakan mengenai ekspedisinya meninjau wilayah baru itu.

Dalam meneliti kawasan Amerika yang baru dijumpai itu, pelayar terbabit mungkin sedikit gerun selepas mendapati kawasan itu bukanlah bumi biasa, terdapat sesuatu yang misteri mengenai wilayah itu.

Sememangnya wilayah mistik yang dilalui Columbus itu terus kekal misteri sehingga kini. Kawasan terletak antara Miami di Florida, Puerto Rico di Jamaica dan Bermuda terus menyimpan rahsia yang tidak dapat dipecahkan selama ratusan tahun.


Columbus dan ahli ekspedisinya boleh dikatakan agak beruntung berbanding pihak lain yang melalui kawasan yang kini dikenali ‘Segitiga Bermuda’ itu.

Ahli pelayaran kurun ke-15 itu sekadar diperlihatkan kejadian aneh dan mistik tetapi ratusan kapal dan pesawat yang melalui perairan itu selepas Columbus terus ghaib tanpa dapat dikesan!

Peristiwa terbesar yang pernah terjadi di Segitiga Bermuda adalah lenyapnya kapal perang Inggeris iaitu Atlanta pada 1880.

Sebaik kapal besar itu melalui kawasan perairan berkenaan, ia terus lenyap bersama 300 kadet dan askar di dalamnya.

Rupanya Segitiga Bermuda tidak hanya ‘menelan’ kapal laut yang melalui kawasan perairannya tetapi juga di ruang udara yang terdapat dalam lingkungan pertemuan tiga negeri berkenaan.

Selain kapal laut, pesawat yang terbang di Segitiga Bermuda yang berkeluasan kira-kira 1.2 juta kilometer persegi itu turut ghaib tanpa dapat dikesan.

Peristiwa terbesar membabitkan kehilangan pesawat terbongkar pada 1990 apabila lima jet Grumman TBF Avenger AL AS yang tengah meronda melintas wilayah laut itu terus ghaib daripada radar pusat kawalan udara pada 5 Disember 1945, ketika waktu masih siang.

Penyiasatan mendapati komandan penerbangan sempat berhubung dengan pusat kawalan dan melaporkan yang kumpulan mereka mengalami ‘gangguan’ sebelum semua pesawat itu ghaib beberapa minit kemudian tanpa sempat memberi isyarat SOS.

Kehilangan lima pesawat itu menyebabkan sebuah pesawat lain iaitu Martin PBM-3 Mariner diterbangkan untuk operasi mencari tetapi pesawat itu turut lenyap bersama 13 anggota di dalamnya. Operasi mencari turut gagal menemui serpihan pesawat berkenaan.

Tahun demi tahun berlalu, sekitar 1990, seorang peneliti tampil bersama penemuan menggemparkan apabila menjumpai kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Ujian mendapati kerangka itu milik TBF Avenger yang hilang lebih 30 tahun sebelum itu.

Konflik lebih menarik berlaku dalam proses pencarian pesawat pengangkut C-119 Flying Boxcar yang hilang pada 7 Jun 1965. Seperti kes lain, pesawat itu terbang melalui Segitiga Bermuda dan terus gahib tanpa dapat dikesan.

Operasi menyelamat dikerahkan tetapi tetap tidak menjumpai jejak serpihan ataupun mayat anggota dalam pesawat itu.

Kehilangan itu terus menjadi misteri sehinggalah pada 1973, seorang pengkaji UFO mengemukakan teori yang menarik tumpuan ramai pihak menerusi artikelnya yang diterbitkan Biro UFO Antarabangsa.

Dalam artikel itu dimuatkan kenyataan angkasawan Gemini IV, James McDivitt dan Edward H. White II. Mereka menceritakan pada waktu hilangnya pesawat C-119, dua angkasawan itu sedang mengamati wilayah sekitar Kepulauan Hawaii.

Menurut catatan NASA, pada 3 hingga 7 Jun 1965, kedua-dua angkasawan itu sedang melakukan eksperimen di luar kapsul Gemini dan McDivitt menyatakan dia melihat sebuah UFO meluncur di udara berhampiran Hawaii. Beberapa minit kemudian, White turut menyaksikan objek lain yang berbentuk serupa.


Sejak itu, cerita mengenai UFO yang ‘menculik’ C-119 terus heboh sehingga menarik perhatian ramai pihak. Bagaimanapun, pihak yang skeptikal dengan kenyataan itu tetap menyangkal dengan tanggapan bahawa kedua-dua angkasawan itu mungkin tersalah anggap.

Sehingga kini, kes membabitkan pesawat C-119 Flying Boxcar, TBF Avenger, Martin PBM-3 Mariner, kapal laut Atlanta serta ratusan lagi kes kehilangan kapal dan pesawat di kawasan itu terus kekal misteri dan tidak dapat diselesaikan.

Bagaimanapun, terdapat persamaan dalam kebanyakan kes. Ghaib ketika keadaan cuaca baik, kapal dan pesawat tidak memiliki masalah atau kerosakan teknikal, perhubungan radio antara pesawat dan kapal dengan pusat kawalan berjalan biasa sehinggalah ia terus terputus tanpa disangka.

Banyak teori dikaitkan sebagai punca misteri Segitiga Bermuda. Ada yang mengemukakan teori lingkungan waktu, medan graviti terbalik, anomali magnetik-graviti, fenomena gempa laut, serangan gelombang besar termasuk dikaitkan dengan lubang hitam di angkasa.


Teori lebih pelik adalah wilayah itu dikatakan markas UFO di Bumi ini, pusat pemerintahan kota Atlantis yang tenggelam ribuan tahun lalu, kota manusia duyung selain pusat persembunyian Dajal.

Walau pelbagai teori dikemukakan, tiada satu pun yang menyingkap rahsia sebenar mengenai misteri wilayah segitiga itu. Selepas lebih 500 tahun daripada peristiwa mistik yang menghantui Columbus, pelbagai kejadian aneh bagaikan tidak berkesudahan sekali gus meletakkan Segitiga Bermuda sebagai antara wilayah paling misteri di dunia ini.

Memang banyak andaian yang dibuat mengatakan pulau Segi Tiga Bermuda sememangnya tempat yang paling bahaya untuk dihampiri. Namun kehilangan banyak pesawat dan anak kapal sehingga hari ini dipenuhi dengan tanda misteri. Wallahu’alam.

Upacara Kahwin Dengan Mayat Cantik

Seorang lelaki di Thailand sanggup mengahwini mayat kekasihnya yang tidak sempat dia kahwini kerana kesibukan kerja. Satu peringatan kepada kita semua.

Upacara Kahwin Dengan Mayat Cantik | Satu majlis pahit manis yang diadakan baru-baru ini menandakan permulaan dan perpisahan sepasang kekasih yang sudah sekian lama bercinta. Dalam kisah cinta yang memilukan dan juga aneh, seorang lelaki Thai menganjurkan upacara pengebumian dan juga perkahwinan serentak untuk teman wanitanya yang mati mengejut sebelum mereka dapat berkahwin secara rasmi.


Lelaki berkenaan ialah Chadil Deffy yang juga dikenali sebagaiDeff Yingyuen, pengarah sebuah stesen televisyen di timur laut Thailand. Sepanjang 10 tahun lalu, dia hanya memberi tumpuan terhadap hasrat untuk menyambung pelajaran dan kariernya selepas menamatkan pelajaran di Universiti Timur Asia, tempat dia berkenalan dengan Sarinya ‘Anne’ Kamsook.


Selepas jatuh cinta di universiti itu dan tinggal bersama selama 10 tahun, Anne memutuskan untuk berkahwin. Namun, hasratnya tertunda kerana Deff mahu memastikan kariernya kukuh dulu tetapi berjanji untuk mengahwini kekasihnya itu. Tetapi Anne mati pada 3 Januari selepas terbabit dalam kemalangan. Deff yang kesal kerana tidak sempat untuk menunaikan janji, akhirnya mengambil keputusanberkahwin pada hari pengebumian Anne, kelmarin.

Anggota keluarga dan rakan dijemput menerusi Facebook untuk menghadiri majlisperkahwinan dan sekali gus upacara pengebumian di sebuah kuil di Surin. Dengan berpakaian tuxedo pada majlis itu, Deff yang kelihatan sedih, menyarungkan cincin pada jari mayat Anne selepas dikahwinkan oleh seorang sami baru, yang mengikut tradisi penganut Buddha Thai, boleh menjamin perkahwinan yang berkekalan.

Pada majlis itu, mayat Anne dipakaikan dengan pakaian serba putih dan diletakkan diatas papan. Selepas menyarungkan cincin, Deff mencium tangan dan dahi pengantin perempuan, disaksikan oleh anggota keluarga. 

Kerana kesibukan kerja, lelaki ini terlupa yang mati tidak akan menunggu sesiapa dan inilah yang terjadi. Dia sanggup mengahwini mayat kekasihnya yang mati dalam satu kemalangan sebagai hukuman kepada dirinya yang selalu mengabaikan kekasihnya itu. Peringatan kepada kita semua, jika dah ada yang berkenan, tak payah la tunggu lama-lama, pergi masuk meminang dah kahwin. Dosa terhindar, nikmat pun dapat hehe.

ART-CAT SEMULA PASU KECIL UTK HASIL YG LEBIH CANTIK


Doa untuk jadikan ibu bapa dan anak2 rajin solat..

psst...Jangan berdoa ja ye...ibu bapa kenalah rajin2 solat barulah anak itu akan ikut rajin solat....Ibubapa adalah contoh teladan yang terbaik buat anak2.

PETUA: ELAK MATA PEDIH KETIKA KUPAS BAWANG.

Untuk mengelak masalah ini, anda rendamkan dulu bawang yang hendak dikupas itu ke dalam bekas berisi air, (anda juga boleh mengupas terus bawang yang direndam tadi di dalam
air jika mahu).

Ada satu cara lagi, anda boleh simpan bawang yang hendak digunakan esok hari di dalam peti sejuk tanpa mengupas kulitnya. Keesokkan harinya anda boleh mengupas dan memotong bawang tersebut tanpa mata rasa pedih dan berair. 

InsyaAllah mudahan berhasil. Cubalah....


KEPAK DAN LEHER AYAM BAHAYA UNTUK WANITA!!!

Tahukah anda bahagian kepak atau leher ayam yang anda makan bahaya kepada kesihatan seorang wanita kerana mempunyai sejenis steroid atau vaccine yang boleh menyebabkan pertumbuhan dalaman.

Bahaya
Kepak Ayam Pada Perempuan , kerana terdapat bahan steroid atau disuntik vaccine dalam daging ayam ternak yang boleh menyebabkan pertumbuhan sista (cyst) dalaman. Oleh itu elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita (begitu juga lelaki).

Ayam ternak biasanya disuntik dengan steroid atau disuntik vaccine di leher atau kepak. Ini disebabkan di tempat-tempat ini bahawa kepekatan tertinggi steroid wujud.

Ini berbahaya dalam kehadiran hormon wanita, dan akan membawa kepada kecenderungan pertumbuhan sista di dalam rahim wanita. Hanya sekadar berkongsi info.

psttttt : boleh makan...tapi janganlah makan selalu...heheheh nak makan jugak makan ayam kampung atau ayam organik....

Bakal Pengantin – 10 Kemungkaran & Bidaah Dalam Majlis Kahwin Melayu



Yang dimaksudkan sebagai kemungkaran di sini adalah apa jua perkara yang dilarang dan diharamkan di dalam agama. Allah s.w.t berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorang pun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah an-Nur, 24: 21)




“Wahai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang diwajibkan (oleh Allah).” (Surah Luqman, 31: 17)

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.” (Surah al-Hasyr, 59: 7)

Manakala tokok tambah (bid’ah) yang dimaksudkan di sini adalah apa jua tokok tambah yang dikhususkan di dalam majlis walimah yang pada asalnya menurut timbangan agama tidak disyari’atkan. Aturcara walimah (majlis perkahwinan) adalah sebuah ibadah yang disyari’atkan oleh agama melalui Nabi kita Muhammad s.a.w. Di mana di dalam sebuah hadith Nabi disebutkan:

“Sebenar-benar perkataan, adalah Kitabullah (al-Qur’an), sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad s.a.w, seburuk-buruk perkara adalah apa yang diada-adakan di dalam agama, setiap perkara baru yang diada-adakan di dalam agama adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 1097)

Begitu juga di dalam beberapa hadith yang lain, kita turut diperingatkan. Dari Irbadh bin Sariyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4607)

Dengan lebih tepat, “Bid’ah adalah sebuah cara baru di dalam agama yang dibuat menyerupai seakan-akan syariat dengan tujuan untuk berlebih-lebihan di dalam beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.” (Imam asy-Syatibi, di dalam al-I’tisyam. Rujuk: Yazid Abdul Qadir Jawas, Syarah ‘Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah, m/s. 78-79, Pustaka Imam asy-Syafi’i. Juga Alawy Abdul Qadir as-Saqqaf, Mukhtashar al-I’tisham, m/s. 32, Media Hidayah)

Maka dengan ini, sesuatu yang asalnya tidak dikhususkan atau tidak disyariatkan oleh agama melalui dalil-dalil yang benar di dalam walimatul urus, maka sekiranya ia berlaku dan dilakukan ini adalah termasuk ke dalam bentuk-bentuk tokok tambah terhadap agama yang jelas bertentangan dan mengajak kepada perbuatan bid’ah. Sekiranya kita menganggap dan berkeyakinan bahawa sesebuah ritual atau sesuuatu amalan yang pada asalnya tidak disyariatkan ke dalam sesebuah majlis walimah, dan sekiranya amalan tersebut tidak diadakan di dalam majlis walimah tersebut, kita mengatakan bahawa walimah tersebut tidak lagi lengkap, tidak lagi sempurna, kelihatan janggal, atau tidak berseri atau seumpamanya, maka sebenarnya kita telah menuju kepada perbuatan bid’ah. Iaitu menuju kepada perbuatan yang sebenarnya tidak pernah ditetapkan oleh syari’at, tetapi kita telah memandai-mandai sendiri menetapkannya. Ini adalah kerana, walimah adalah sebuah ibadah yang disyari’atkan oleh Allah melalui NabiNya s.a.w. Apatah lagi sekiranya, perkara yang ditambah itu adalah merupakan perbuatan-perbuatan yang mungkar dan membawa kepada larangan yang berat di sisi Allah.

Perbahasan di dalam bahagian ini akan dibawakan dengan seringkas mungkin dan padat.



1. Membuka Aurat



Perbuatan mendedahkan aurat di khalayak ramai (para hadirin) oleh wanita pada masa ini semakin banyak dilakukan di dalam majlis-majlis walimah. Malah ianya sudah menjadi satu trend (gaya) dalam kalangan umat Islam setiap kali pasangan pengantin melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Terdapat sebagahagian wanita yang asalnya bertudung, tetapi apabila tiba hari perkahwinannya, dia dengan relanya membuka tudung dan menededahkan bahagian-bahagian aurat tertentu. Termasuk perbuatan mendedahkan aurat adalah dengan memakai pakaian yang ketat sehingga menggambarkan bentuk tubuh badan, mengenakan pakaian dengan kain yang jarang, dan mengenakan kain yang tipis.

Sedangkan Allah s.w.t berfirman: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali kepada (mahram mereka).” (Surah an-Nuur, 24: 31)



2. Bersolek dan memakai wangi-wangian bagi wanita



Dari Abu Musa al-Asy’ary r.a, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Wanita yang memakai wangi-wangian, dan kemudian dia melintasi suatu kaum supaya mereka mencium bau wanginya, maka wanita tersebut adalah wanita penzina.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4172, at-Tirmidzi, no. 2786)

Alasan dari larangan tersebut dapat dilihat dengan jelas iaitu menggerakkan panggilan syahwat (kaum lelaki). Sebahagian ulama telah mengaitkan perkara lain dengannya, seperti memakai pakaian yang cantik (melawa), perhiasan yang ditampakkan, dan bercampur baur dengan kaum lelaki. (Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari, 2/279. Rujuk: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 151, Pustaka Ibnu Katsir)

Allah s.w.t berfirman: “…Dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu.” (Surah al-Ahzab, 33: 33)



3. Mencukur Kening dan Memakai Rambut Palsu



Sabda Rasulullah s.a.w: “Allah melaknat orang yang membuat tatu dan wanita yang minta ditatu, wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu), yang mencukur alis (bulu kening), dan yang minta dicukur, dan wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan sehingga mengubah ciptaan Allah.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 4886)



4. Memanjangkan Kuku dan Mewarnakannya Dengan Pewarna



Rasulullah s.a.w bersabda: “Termasuk fitrah bagi manusia itu ada lima: Khitan, mencukur bulu kemaluan, merapikan misai, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5889)

Berkenaan permasalahan trend mewarnakan kuku ini, Syaikh al-Albani rahimahullah berkata: “Ini adalah merupakan kebiasaan buruk yang dilakukan oleh wanita-wanita Eropah kepada wanita-wanita Islam, iaitu memanjangkan kuku dan mewarnakannya dengan warna merah atau selainnya dengan kuteks (pewarna/pengecat kuku). Kebiasaan ini juga turut dilakukan oleh sebahagian pemuda. Perbuatan ini selain mengubah ciptaan Allah, ia juga menjadikan pelakunya terlaknat dan perbuatan ini termasuk meniru-niru (tasyabbuh) perbuatan wanita-wanita kafir.“

Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.” (Hadith Riwayat Abu Daud. Sahih menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahihul Jami’, no. 6149, juga dijelaskan di dalam Jilbab al-Mar’atil Muslimah)



5. Mencukur Janggut



Sebahagian kaum lelaki muslim pada masa ini tidak lagi berminat memelihara janggut dan membenci memelihara janggut. Malah, ada pula di antara mereka yang mencukur janggutnya semata-mata untuk nampak bergaya di majlis perkahwinannya. Sedangkan, perbuatan memelihara janggut adalah sebuah sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w, dan di dalam banyak hadith-hadithnya berkenaan janggut ia menunjukkan sebuah perintah yang perlu diikuti.

Daripada Ibnu ‘Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Selisihilah kaum majusi, rapikanlah misai, dan peliharalah janggut.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5893)



6. Mengkhususkan Adanya Cincin Perkahwinan



Perbuatan bertukar cincin atau menetapkan adanya cincin perkahwinan, pertunangan, atau pun pernikahan, ianya sama sekali bukan berasal daripada ajaran Islam. Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah: “Tindakan ini (menyarung cincin) selain meniru tradisi orang-orang kafir sehingga menjadi sebuah larangan, ia juga mengandungi pelanggaran terhadap dalil-dalil hadith yang melarang lelaki mengenakan cincin emas.” (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 191, Media Hidayah)

Asal perbuatan (adat) menyarung cincin perkahwinan ini adalah berasal dari adat kepercayaan kuno kaum Nasrani (kristian). Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani di dalam kitabnya, Adabuz Zifaf.

Syaikh Ibnu Bazz rahimahullah (Mufti Saudi Arabia) menjelaskan: “Kami tidak mengetahui dasar amalan ini (sarung cincin) di dalam syariat.” (Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/129. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir)



7. Adat Bersanding dan Pelamin



Perbuatan mengadakan pelamin dan adat bersanding bukanlah sebuah amalan yang berasal dari ajaran Islam. Malah, ia mungkin ditiru dan berasal dari ajaran Hindu atau pun Kristian. Ini adalah kerana amalan tersebut sangat mirip dengan adat upacara perkahwinan mereka.

Menurut Syaikh Abdullah bin ‘Abdurrahman al-Jibrin hafizahullah: “Perbuatan ini (bersanding) adalah tidak dibenarkan. Sebab ini adalah bukti atas tercabutnya rasa malu dan taqlid (mengikuti) kepada kaum yang suka kepada keburukan. Perkaranya adalah jelas. Pengantin wanita sepatutnya merasa malu menampakkan diri di hadapan manusia, lalu bagaimana dengan perbuatan tersebut yang sengaja dilakukan di hadapan orang-orang yang sengaja menyaksikannya?” (Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/188. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir)

Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah berkata: “Di antara perkara mungkar, bahawa rasa malu sebahagian manusia telah tercabut dari mereka. (Adalah) seorang suami datang di tengah kaum wanita dan naik pelamin bersama isterinya di hadapan kaum wanita, iaitu pada awal pertemuannya dengan isterinya untuk bersanding dengannya, bersalaman tangan dengannya, mungkin menciumnya, dan mungkin memberikan hadiah kepadanya berserta coklat dan selainnya yang dapat menggerakkan syahwat dan mengakibatkan fitnah.” (Min Munkaratil Afraah, m/s. 7, 10. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 231, Pustaka Ibnu Katsir)



8. Menabur Gula-gula, Coklat, dan Bunga



Perbuatan ini tidak terdapat di dalam syariat atau pun majlis walimah sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Ada pun sebenarnya, perbuatan ini termasuk meniru-niru perbuatan kaum kafir yang diambil dari perbuatan kaum kristian yang menabur bunga di acara-acara perkahwinan mereka.

Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.” (Hadith Riwayat Abu Daud. Sahih menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahihul Jami’, no. 6149, juga di dalam Jilbab al-Mar’atil Muslimah)

Imam Ibnu Katsir menjelaskan di bawah penafsiran Surah al-Baqarah, [2:104]: “Allah Ta’ala melarang hamba-hamba-Nya yang beriman menyerupai (syi’ar) orang-orang kafir, sama ada dalam ucapan mahu pun perbuatan mereka.” (Ibnu Katsir, Shahih Tafsir Ibnu Katsir (Judul asal: al-Mishbaahul Muniir fii Tahdziibi Tafsiiri Ibni Katsir, Selenggaraan Syaikh Syafiurrahman al-Mubarakfuri), jil. 1, m/s. 364, Pustaka Ibnu Katsir)

Sekiranya amalan tersebut disandarkan kepada agama, maka perbuatan tersebut termasuk meletakkan perbuatan yang tiada asalnya di dalam agama, maka ia adalah bid’ah lagi sesat. Ini adalah kerana walimatul urus adalah sebuah aturcara agama sebagaimana yang diperintahkan (ditekankan) berdasarkan sunnah yang jelas.

Dari ‘Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru di dalam agama kami ini, maka ianya tertolak.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 2697)

Dari Irbadh bin Sariyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4607)



9. Adat Merenjis Air Mawar



Adat ini juga bukan berasal dari Islam. Mungkin ia diambil dari amalan masyarakat Hindu. Selain merupakan perbuatan yang ditokok tambah (bid’ah) di dalam walimatul urus, malah ianya juga boleh menjurus kepada perbuatan syirik sekiranya dengan perbuatan merenjis tersebut disertakan dengan i’tiqad (keyakinan-keyakinan) tertentu seperti mempercayai pasangan pengantin yang direnjis akan mendapat kebahagiaan dan seumpamanya.



10. Mewajibkan Adanya Duit dan Barang Hantaran



Adat ini ditetapkan oleh kebanyakan masyarakat Melayu secara umumnya iaitu dengan mewajibkan pihak lelaki (atau bakal/calon suami) supaya membayar sejumlah wang yang dinamakan sebagai wang hantaran kepada keluarga pihak perempuan. Kebiasaannya (pada masa ini) sehingga RM10,000 atau lebih dari itu bergantung kepada status pendidikan atau pun permintaan wanita yang hendak dinikahi. Nilai wang hantaran ini akan ditetapkan oleh sama ada bakal isteri atau pihak keluarga bakal isteri. Sekali imbas, perbuatan ini adalah seakan-akan sebuah perbuatan jual beli wanita. Dan wang ini akan diserahkan kepada keluarga si isteri.

Dan kemudiannya, kedua-dua pihak akan saling bertukar barang hantaran tertentu sesama mereka. Di mana mereka mengkhususkan dengan jumlah bilangan tertentu, seperti 5 dulang dari lelaki berbalas 7 dulang barangan tertentu dari pihak perempuan, atau 7 dulang dari pihak lelaki berbalas 9 dulang dari pihak perempuan, atau 9 dulang dari pihak lelaki berbalas 11 dulang dari pihak perempuan, dan seterusnya.

Ada pun sebenarnya perbuatan ini langsung tidak pernah ditetapkan oleh Islam, dan perbuatan ini merupakan perbuatan bid’ah iaitu amalan yang ditokok tambah ke dalam majlis walimah umat Islam. Adalah menjadi suatu yang sunnah di dalam agama supaya memudahkan urusan pernikahan (juga urusan yang lain), tetapi, dengan ditambahnya amalan-amalan seperti ini, ia hanya akan menyusahkan (memberatkan) pasangan yang hendak berkahwin dan ia sekaligus menggalakkan maksiat sekiranya perkahwinan ditangguhkan hanya semata-mata disebabkan perkara yang karut ini.

Dari Irbadh bin Sariyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4607)

Namun, apa yang diwajibkan atau pun disunnahkan di dalam syariat hanyalah memberikan mahar (mas kahwin) oleh lelaki kepada wanita yang dinikahi, sama ada berdasarkan apa yang diminta oleh wanita tersebut atau pun tanpa diminta. Dan mas kahwin ini tidaklah semestinya di dalam bentuk wang ringgit atau barang-barang tertentu. Ianya sama ada tertakluk berdasarkan apa yang diminta oleh wanita, atau pun bebas dengan apa yang hendak diberikan oleh si lelaki jika si wanita tidak menetapkannya. Dan mahar adalah merupakan salah satu rukun dan syarat sahnya nikah.

Allah s.w.t berfirman:

“Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan…” (Surah an-Nisaa’, 4: 4)

“… Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna), sebagai suatu kewajiban…” (Surah an-Nisaa’, 4: 24)

Dan mahar yang paling baik adalah mahar yang paling mudah, ringan atau tidak mahal (tidak menyusahkan dan memberatkan si suami). Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Pernikahan yang paling besar keberkahannya adalah yang paling mudah maharnya.” (Hadith Riwayat Ahmad, no. 24595)

Perbuatan meninggikan atau memahalkan penetapan nilai mahar adalah satu perbuatan yang dibenci oleh agama sebagaimana disebutkan di dalam beberapa hadith. Umar al-Khaththab r.a berkata: “Ingatlah, janganlah meninggikan nilai mahar wanita. Jika itu merupakan kemuliaan di dunia atau taqwa di sisi Allah, sudah tentu yang paling utama melakukannya adalah Rasulullah s.a.w.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 2106) (Rujuk: Amru Abdul Mun’im Salim, Panduan Lengkap Nikah, m/s. 76, Dar an-Naba’)

Sahih di dalam beberapa riwayat bahawa Rasulullah dan beberapa sahabat berkahwin dengan mengeluarkan mahar yang sangat kecil. Malah di sebahagian keadaan, ada yang memberikan mahar dalam bentuk cincin besi, baju besi, memerdekakan hamba, dengan hafazan Al-Qur’an, dengan mengajarkan surah-surah tertentu dari Al-Qur’an, dengan segenggam kurma, dengan mengislamkan seseorang, dengan sebiji emas sebesar biji kurma, dan selainnya. Wallahualam.

Monday, October 15, 2012

opera sabun boboi-boboi putih men buai sambil nyanyi


mmg terbaikla...

Wednesday, October 10, 2012

ART-HOW TO MAKE GIVE BOX FROM BOTOL


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...