Followers

Tuesday, October 2, 2012

KHASIAT AVOCADO SESUAI DIJADIKAN MAKANAN BAYI.



Sedia maklum bayi boleh diberi makan apabila umurnya mencecah 6 bulan. World Health Organization (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia menggariskan bayi dibawah 6 bulan hanya diberi susu ibu.

Meng
enai makanan pertama bayi, ramai ibu-ibu mungkin tertanya-tanya “Apakah makanan pertama yang terbaik bagi bayi?” Banyak makanan yang terbaik buat bayi yang baru mula makan antaranya adalah buah Avokado. Avokado yang dilecek bersama susu ibu (Atau susu formula bagi bayi yang menyusu formula) adalah sangat sesuai dijadikan makanan pertama bayi kerana tekstrurnya halus dan rasanya yang berlemak. Ia sesuai bagi bayi kerana dengan kandungan lemak tidak tepu akan membantu proses perkembangannya.

Avocado bukan sahaja rendah kandungan gula dan tiada garam tetapi kaya dengan vitamin iaitu A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C, E dan K serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium. Selain itu ia juga mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelak daripada penyakit radang sendi dan kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser.

Avocado juga mengandungi sumber lutein yang tinggi untuk mengawal katarak sebagai langkah awal daripada menjadi buta.

Info mengenai Avokado :
• Jika teringin membeli avokado, pastikan anda memilih buah yang kulitnya berwarna gelap kerana ia sudah boleh dimakan.
• Pilih avokado yang disusun di bahagian paling hadapan.
• Jangan cucuk atau picit avokado menggunakan hujung jari, sebaliknya jika anda ingin mengetahui isinya sudah lembut, anda boleh mengepal avokado dengan tapak tangan.
• Avocado enak dijadikan jus, salad atau dimakan dengan manisan.
• Isi avokado juga boleh dijadikan sos atau bahan pemekat dalam kuah.

Kandungan yang terdapat di dalam 100 gram Avokado :
• Karbohidrat 8.53 g
• Gula 0.66 g
• Dietary fiber 6.7 g
• Lemak 14.66 g
• Protein 2 g
• Thiamine (Vit. B1) 0.067 mg (5%)
• Riboflavin (Vit. B2) 0.130 mg (9%)
• Niacin (Vit. B3) 1.738 mg (12%)
• Pantothenic acid (B5) 1.389 mg (28%)
• Vitamin B6 0.257 mg (20%)
• Folate (Vit. B9) 81 μg (20%)
• Vitamin C 10 mg (17%)
• Calcium 12 mg (1%)
• Iron 0.55 mg (4%)
• Magnesium 29 mg (8%)
• Phosphorus 52 mg (7%)
• Potassium 485 mg (10%)
• Zinc 0.64 mg (6%)

Psssst : Tapi buah avocado nih mahal sikit la cek no...heheheh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...