Adakah bayi saya bersedia untuk pepejal?
Bayi anda mungkin bersedia untuk mengambil pepejal jika dia:
• boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu.
- Adalah penting bagi bayi anda untuk mengekalkan posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu.
• duduk dengan baik apabila dipegang
- Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkan dia atas seorang orang dewasa. Kerusi tinggi budak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk dengan sendiri.
• melakukan pergerakan mengunyah
- Bayi anda mestilah boleh menolakkan makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda pandai menelan dengan efisien, anda akan memerhatikan yang air liurnya sudah kurang meleleh.
• telah naik berat badan secara sihat
- Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan separa pepejal apabila dia menggandakan berat lahirnya, yang akan berlaku sebelum atau sekitar usia enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, berbincanglah dengan pakar pediatrik anda.
• amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan.
- Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda.
Masihkah perlu saya memberi susu badan?
Ya. Susu badan adalah makanan yang lengkap untuk bayi anda. Susu badan memberikan pelbagai vitamin, zat besi dan protein yang penting dalam bentuk yang mudah dicerna. Walaupun dalam sedikit masa dan secara perlahan-lahan, makanan pejal akan menggantikan sebahagian daripada keperluan bayi anda, susu badan tetap menjadi sumber nutrisi yang utama dan penting. Malah, Kementerian Kesihatan menyarankan supaya susu badan dikekalkan sebagai sebahagian daripada diet bayi anda sehingga dia berusia dua tahun.
Firman ALLAH SWT yang bermaksud : “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan TEMPOH MENCERAIKAN SUSUNYA IALAH DALAM MASA DUA TAHUN; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” - Surah Luqman: ayat 14
psssssssssttttttttt : abaikanlah PORK tuh ya...sebab ianya diambil daripada website mat saleh
No comments:
Post a Comment