Buntu dan bingung nak sediakan sesuatu yang berlainan tetapi mudah untuk yang tersayang? Jangan risau kali ini penulis nak kongsikan cara mudah untuk menyediakan
Puding Trifleuntuk orang yang anda
sayang.
Untuk pengetahuan anda, Puding Trifle ini amat digemari ramai terutamanya kanak-kanak. Jadi ianya sesuai disediakan untuk
anak-anak anda. Puding Trifle ini juga amat sesuai untuk disediakan untuk menyambut hari jadi kanak-kanak atau
suami tersayang dan ianya juga sesuai untuk dihadiahkan kepada sesiapa sahaja kerana rasanya yang amat sedap dan menarik.
Tetapi awas! Puding Trifle ini boleh dikategorikan di dalam makanan yang manis, jadi elakkan dari disediakan untuk mereka yang menghidapi penyakit kencing manis. Tak pasal-pasal nanti kecil pula hati mereka.
BAHAN-BAHAN :
1 biji kek swiss roll perisa vanilla atau butter cake
1 tin buah peach
1 tin lychee atau nenas atau buah mangga atau kiwi – nak guna semua pun boleh..
1 kotak jelly crystal
RESEPI UNTUK CASTARD :
1 tin susu sejat Ideal milk
1 tin air buah pic dalam tin
4-5 sudu besar tepung kastard
Gula secukupnya – ikut selera sendiri
1/2 sudu kecil garam
CARA MEMASAK CASTARD :
Campur semua bahan dalam periuk dan kacau dulu bagi tepung castard larut kemudian baru nyalakan api dapur dan terus kacau sampai kuah castard masak serta menjadi pekat dan berkilat. Rasa manis castard ni jika kurang boleh ditambah gula lagi. Terus kacau perlahan-lahan castard dan boleh la ditutup api dapur dan bila dah suam sikit baru dituang ke atas kek yang dah disusun dalam mangkuk yang sesuai.
*Kuah castard ni mesti di kacau masa proses memasaknya kalau tak kacau nanti kuah akan jadi berketul-ketul. jika nak sos ni lebih pekat tambah lagi tepung castard. Tambah sedikit garam untuk bangkitkan rasa lemak manis.
CARA NAK SUSUN ATUR TRIFFLE NI :
1
Potong kek swiss roll sederhana tebal dalam 2-3 cm ketebalannya, lepas tu susun kek dalam mangkuk yang sesuai, pastikan semua pemukaan mangkuk ditutup dengan kek. Jangan bagi ada lubang di antara susunan kek supaya tidak bocor. Bila sos castard ni dituang cantik saja diatas lapisan kek tak tembus ke lapisan bawah kek
2
Tuangkan sos castard yang dah dimasak tadi secara perlahan-lahan sampai menutupi lapisan kek tadi dan biar sampai sos castard sejuk. Ambil semua buah dalam tin yang sudah ditos awal tadi dan susun diatas sos castard tadi
3
Bancuh jelly crsytal mengikut arahan yang diberi pada kotak pembungkus dan masak sehingga jelly kristal masak larut. Dengan menggunakan senduk ceduk jelly ini dan tuang ke atas buah-buahan tadi secara perlahan-lahan sampai habis jelly ini. Biarkan jelly sejuk dan menjadi keras dan boleh la dimasukkan triffle ni ke dalam peti sejuk dan enak dimakan bila sejuk. Triffle ni sedap dimakan bersama whipping cream..
Bagaimana? Mudah atau susah? Jangan lupa cubanya ia dirumah dan sediakan untuk orang yang anda sayang :)
No comments:
Post a Comment