Pendaftaran atau borang permohonan rebat RM200 telefon pintar boleh dibuat secara online. Golongan belia atau remaja yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebate RM200 bagi telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai 1 januari 2013.
Syarat Kelayakan Rebat RM200
Warganegara Malaysia berumur antara 21 sehingga umur 30 tahun
Berpendapatan kasar bulanan RM3000 dan kebawah
Model telefon pintar yang dipilih tiada had harga
Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar
Hanya satu telefon pintar untuk setiap seorang
Pelajar IPTA dan IPTS juga boleh memohon
Cara Permohonan Rebat RM200
1. Sila layari borang Online di laman web:
http://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/DaftarPelajar (untuk pelajar) atau
http://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/DaftarPekerja (Untuk Pekerja)
2. Pada menu, sila klik pada permohonan untuk pelajar (jika sedang belajar) dan klik pada borang untuk pekerja jika sedang bekerja.
3. Sila isi butiran penuh dan hantar pendaftaran anda.
4. Salinan permohanan akan dihantar kepada anda melalui emel dalam tempoh 24 jam. Langkah terbaik adalah cetak dahulu slip pendaftaran.
Cara Cetak Dan Penggunaan Boucer Rebat RM200
Pastikan anda mencetak slip pendaftaran sebagai bukti anda telah memohon rebat RM200 untuk telefon pintar. Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada.
Contoh Slip Baucar Rebate RM200
Pengumuman Terkini: Berita baik kepada anda, kerajaan bersetuju untuk beri rebate RM200 kepada semua smartphone dengan harga tanpa had dan melebihi harga RM500.
No comments:
Post a Comment