Claudius Ptolemy & Semenanjung Emas, The Golden Chersonese.
1- Claudius Ptolemy, seorang ahli geografi, ahli astrologi dan ahli kaji bintang Greek yang terkemuka telah menulis, mengolah dan menyusun sebuah buku yang diberi tajuk Geographia yang mengandungi peta-peta bentuk muka empayar Rom sewaktu pemerintahan empayar Roman pada seawal abad kedua.
2- Seperti mana yang kita tahu melalui buku teks di sekolah-sekolah pada hari ini, Ptolemy telah menamakan semenanjung Malaysia sebagai Golden Chersonese atau pun Aurea Chersonesusyang bermaksud Semenanjung Emas atau Tanah Emas. MelaluiWikipedia, ada dinyatakan disitu bahawa nama Golden Chersoneseini diberikan kerana reputasi Semenanjung Tanah Melayu yang pada waktu itu, sangat terkenal sebagai pembekal emas yang terkenal di seluruh dunia. Ini juga disokong oleh teks-teks Buddha Theravada yang menggelarkan semenanjung tanah melayu sebagai Suvarnabhumi yang juga bermaksud Tanah Emas.
Peta dari Inskripsi Ptolemy
3- Benarkah negara kita yang tercinta ini sebenarnya kaya dengan unsur yang paling mahal didunia itu? Tahukah tuan-tuan dan puan-puan bahawa nama Gunung Ledang pernah disebut didalam kitab Injil Hebrew versi Raja James, Book of Job 28:16 yang dipetik sebagai menyebut:
It cannot be valued with the gold of Ophir, with the precious Onyx or the Sapphire.
4- Ophir atau Mount Ophir seperti mana yang disebut oleh Book of Job tersebut adalah merujuk kepada Gunung Ledang. Sehingga ke hari ini Gunung Ledang dikenali dengan nama inggerisnya, Mount Ophir. Pedagang-pedagang jawa di era Majapahitmenggelarkannya sebagai Gunung Ledang yang membawa maksud Gunung Dari Jauh. Para Pedagang - pedagang China yang sering menyusuri Selat Melaka pula menggelarkan gunung ini dengan nama Kim Sua yang bermaksud Gunung Emas. Terdapat beberapa tempat lagi yang turut dikenali sebagai Ophir, malah para sarjana masih lagi berdebat dan bertentang pendapat tentang lokasi sebenar Mount Ophir seperti yang di sebut didalam Injil mereka itu. Melalui perbandingan rekod-rekod purba dengan reputasi Semenanjung Tanah Melayu yang terkenal dengan emas ini, saya rasa Gunung Ledang adalah lokasi yang tepat.
Kerajaan Nabi Sulaiman, didalam mendapatkan bekalan emas telah menghantar kapal-kapal ke Ophir. Namun kapal-kapal ini mengambil masa yang sangat lama untuk kembali. Para sarjana ada membuat perbandingan dan kesimpulan yang direkodkan didalam The London Quaterly Review jilid 86-87 yang diterbitkan pada tahun 1850 yang menyatakan seperti berikut:
In truth, as Solomon's ships, which brought back this gold,were absent so long, there seems to be good reason for believing that his Ophir may have been in the Malayan peninsula or adjacent countries, crystalline and granitic, which still furnish a considerable amount of gold.
5- William James Perry didalam bukunya The Children of the Sunyang diterbitkan pada tahun 1927 ada merekodkan seperti berikut:
The Malay Peninsula contains numerous remains of antiquity, not in the form of temples, but of ancient mines, the technique of which testifies to a high civilization.
6- Terdapat begitu banyak loji-loji kuno yang digunakan untuk melombong emas dijumpai berselerak di merata semenanjung. Loji-loji ini didapati menggunakan teknologi-teknologi yang terlalu tinggi sehingga kan menyebabkan para sarjana sukar untuk mempercayai bahawa ianya dibina dan dikendalikan oleh orang melayu sehinggakan ada yang mengatakan bahawa ia dibina oleh bangsa asing yang tidak diketahui. Perry dipetik sebagai menyebut:
In this same region of the Tui valley have been found some stone rings whose use and makers are entirely unknown. neither Malays nor Chinese in Pahang has any reasonable theory of the origin or the possible use of these things and it seems very improbable that the rings could have been made by either of these peoples. There are other signs of an alien people in this state.
Gelung Batu Dari Pahang yang dirujuk oleh Perry diatas.
7- Perry juga memetik catatan Hugh Clifford berkenaan dengan penemuan loji-loji emas kuno ini. Clifford tampak lebih terbuka untuk menerima penemuan-penemuan loji-loji emas kuno ini sebagai jawapan kepada persoalan kenapa Semenanjung Tanah Melayu digelar sebagai The Golden Chersonese. Clifford dipetik sebagai berkata:
The recent discovery in the Malayan state of Pahang, the homes of apes and ivory and peafowl, of immense goldmine of very ancient date and of a workmanship that has no counterpart in southeastern Asia, supplies an ample reason for the designation of Golden so long applied to the Chersonese. Here hidden away under the shade of the primeval forest, are excavations, which must have yielded in their time tons of their precious metal.
8- Adakah benar Semenanjung Tanah Melayu ini sememangnya kaya dengan emas? Kita sering mendengar cerita dan hikayatSultan Melaka mengutuskan rombongan yang diketuai oleh laksmana tersohor, Hang Tuah, ke Gunung Ledang dengan hasrat untuk menyunting serta memperisterikan seorang Puteri tinggal di gunung tersebut. Puteri cantik jelita yang terkenal dengan namaPuteri Gunung Ledang itu, seperti mana yang kita tahu, telah memberikan beberapa syarat-syarat untuk dipenuhi oleh Sultan sekiranya baginda Sultan ingin memperisterikan dirinya. Salah satu daripada syarat-syarat tersebut adalah sebuah jambatan emas daripada Gunung Ledang ke Istana Melaka.
9- Ada cerita yang mengatakan bahawa baginda Sultan tidak dapat memenuhi kesemua syarat-syarat tersebut dan ada pula yang mengatakan bahawa Sultan dapat memenuhi syarat-syarat tersebut kecuali syarat yang terakhir, yang seperti mana kita dengar, adalah semangkuk darah putera Baginda itu sendiri. Kiranya kita mengambil pendapat yang terkemudian, kita boleh menyimpulkan bahawa Melaka pada masa itu mempunyai jumlah simpanan emas yang banyak.
10- Mengikut catatan Thomas Stamford Raffles didalam The Malay Annals pula mencatatkan bahawa Sultan Mahmudmenyanggupi kesemua syarat-syarat tersebut kecuali yang terakhir itu. Stamford Raffles dipetik sebagai mencatatkan seperti berikut:
Then Tun Mamed returned and / descended to the laksamana and Sang Satia, and informed them of what had passed; after which they all returned and related the whole of the old woman's conversation to Sultan Mahmud Shah, who said, " all these requests may be complied with, but the taking of blood is an unpleasant business, and I have no inclination for it at all."
No comments:
Post a Comment