Followers

Monday, December 31, 2012

Tangungjawab suami ketika isteri mengandung



Assalamualaikum...

Tahukah suami... betapa sukarnya seorang isteri ketika berada di sepanjang proses kehamilan.. Kadang2 terdapat segelintir isteri yang mengalami alahan yang agak teruk ...


Tetapi ada berita gembira untuk wanita di atas 'kesusahan' ini,

Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya.

Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut untuk ber ....anak?




Bahan bacaan ini ingin saya khususkan untuk LELAKI..

yang rasanya boleh dimanfaatkan sebagai tambahan ilmu rumah tangga...

untuk para lelaki yang bergelar suami dan bakal2 suami di luar sana

anda perlu tahu ini...


Lelaki seharusnya mengetahui adab-adab terhadap seorang isteri,

bila mana isterinya sedang mengandung..

Selain isteri yang juga perlu menjaga adab-adab ketika diri mereka sedang hamil..


Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu.
Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya.
Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri
yang sedang mengandung :

Banyakkan membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut. 
Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll. 
Suami hendaklah rajin mengerjakan solat berjemaah. 
Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak. 
Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh. 
Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri. 
Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat. 
Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri. 
Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur. 
Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri. 
Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, 


"La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin "maksudnya :
"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci.Engkau Ya Allah,


sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim." 


Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan. 


Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba. 
Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti. 
Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri. 
Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi. 

Sambil2 tu..isteri jangan lupa agar sentiasa membaca Al-Quran di samping mengamalkan surah2 ini...


1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik


2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
15.Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.


Apa pun jadikan membaca Quran itu amalan hidup kita..


bukan pada ketika dan waktu2 tertentu sahaja..


Harapannya semoga perkongsian in dapat memberi tips dan manfaat kepada lelaki2 yang bergelar suami mahu pun yang sedang menuju ke arah gelaran itu...


Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)*


info dari : http://ummuainries.blogspot.com

Sesiapa yg nak kongsi silakan.Ilmu itu Milik ALLAH..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...