TAHUKAH ANDA ??
1- Sebuah kapal akan tenggelam jika
dinaiki wanita mengandung jika kapal yg
dianaiki itu
adalah kapal selam.
2- Anda boleh menghentikan sebuah bas
dgn menggunakan satu jari dengan cara
kumpulkan segala kekuatan kemudian
tekanlah loceng.
3- Percayakah anda yang air sirap
merupakan salah satu bahan asas dalam
pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana
kajian telah dibuat, seorang pembina
helikopter memerlukan air sirap untuk
menghilangkan keletihan semasa
membuat helikopter, tanpa air sirap
mungkin helikopter tersebut tidak
dapat disiapkan.
4- Sebuah kereta yang dipandu selaju
220 km/j tidak akan dapat memotong
kereta yang dipandu selaju 40km/j
sekiranya kereta-kereta tersebut
dipandu dari arah yang bertentangan
5- Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris
dan Italy, jurugambar dikenali sebagai
paparazi.Perkataan itu dipercayai
diambil dari watak paparazzo dalam
filem LaDolce Vita yang diterbitkan oleh
Federico Fellini pada tahun 1960.Dalam
bahasa melayu pula, ayah kepada
seorang budak yang bernama Razzi juga
boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
6- Tahukah Anda bunyi perkataan
lempeng dan tempeleng adalah hampir
sama walaupun iaberbeza dari segi rupa
bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun
orang yang kena tempeleng masih boleh
memakan lempeng apabila dia berasa
lapar.
7- Tahukah Anda gunung berapi yang
berusia tiga ratus tahun disahkan masih
aktif untuk meletup. Tapi mengikut
kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar
bilnya selama tiga bulan.
8- Tahukah Anda orang yang tidak
pernah kisah langsung tentang wang
ringgit, pangkat, kedudukan dan harta
dunia ialah Orang Utan.
9- Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia
bersepakat jika nasi ayam dimakan
sewaktu lapar, perut kita akan
mengalami satu tindakbalas yang
berupa kekenyangan. Nasi ayam juga
boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan
kita.
No comments:
Post a Comment