Seperti yang kita sedia maklum, sekarang ini satu bencana alam yang agak dasyat dipanggil Taufan Sandy (Hurricane Sandy) sedang melanda. Menurut laporan daripada msnbc, sehingga post ini ditulis pada jam 9 malam tadi seramai 46 nyawa telah terkorban akibat taufan ini. Banyak gambar-gambar berkenaan Taufan Sandy ini telah tersebar di internet tapi kebanyakkannya adalah gambar-gambr palsu. Post kali ini kami nak kongsikan koleksi gambar suasana di sekitar Taufan Sandy yang sebenar berdasarkan sumber yang sahih dan boleh dipercayai.
Trak tertolak ke tepi jalan akibat taufan Sandy di Southampton New York, 29/10/12 (Reuters/Lucas Jackson)
Imej satelit taufan Sandy pada waktu malam 28/10/12 (Suomi NPP, NASA, NOAA)
pemandu cuba mengelak ombak yang menghempas jalan di Havana, Cuba 25/10/12 (AP Photo/Ramon Espinosa)
Hujan lebat daripada Taufan Sandy menyebabkan sungai “Croix de Mission” melimpah dan merosakkan rumah-rumah disekitarnya di Port-au-Prince, Haiti. 25/10/12 (Reuters/Swoan Parker)
Ombak yang dibawa oleh Taufan Sandy menghempas rumaj di kejiranan Caribbean Terrace di timur Kingston, Jamaica 24/10/12 (AP Photo/Collin Reid)
Penduduk Haiti melintasi jambatan di atas air banjir yang disebabkan oleh Taufan Sandy di Port-au-Prince, Haiti 25/10/12 (Thony Belizaire/AFP/Getty Images)
Selepas Taufan Sandy melanda Satiago de Cuba pada 26 Oktober. (Reuters/Desmond Boylan)
seorang lelaki menyelamatkan batu-bata dari runtuhan akibat Taufan Sandy di Santiago de Cuba, pada 27 Oktober, 2012. (Reuters/Desmond Boylan)
Tembok pelindung di Compo Beach sebagai tanda-tanda awal Taufan Sandy semakin hampir di Westport, Connecticut 28/10/12 (Spencer Platt/Getty Images)
Semasa persediaan menghadapi Taufan Sandy, barang-barang di Wal-Mart telah pon habis di Riverhead, New York, 28/10/12 (Reuters/Lucas Jackson)
Seorang wanita sedang mengambil gambar ombak dari Lautan Atlantik di Ocean City, Maryland, pada 28 Oktober, 2012. (Reuters / Lamarque Kevin)
Terowong Hugh L. Cary yang kosong di New York, yang akan ditutup pada jam 2 petang pada 29 Oktober, 2012. (MTA New York Transit / Leonard Wiggins)
Taufan Sandy mula tiba di bukit pasir Cape May, New Jersey 29/10/12 (AP Photo/Mel Evans)
Krew berita melalui buih lautan yang ditiiup keJeanette’s Pier di Nags Head, North Carolina, 28/10/12 (AP Photo/Gerry Broome)
Air dari Taufan Sandy mula membanjiri Beach Avenue di Cape May, New Jersey, pada 29 Oktober, 2012. (Mark Wilson / Getty Images)
Sebuah rumah yang terbengkalai, dibanjiri air pada Shinnecock Bay di Southampton, New York, pada 29 Oktober, 2012. (Reuters / Lucas Jackson)
Habis bot semua masuk air. 29/10/12 (AP Photo/Steve Helber)
Suasana di US Capitol dan Pennsylvania Avenue pada pagi hari Isnin 29/10/12. Hujan lebat daripada Taufan Sandy muncul di Washington.(AP Photo/J. Scott Applewhite)
Taufan Sandy, yang digambarkan pada (10:40 pagi) pada 29 Oktober 2012 oleh satelit NASA GOES di luar pantai timur di Lautan Atlantik. (NASA via Getty Images)
Sebuah bot melanggar batu selepas ikatan tambatannya terputus di Island City, pada 29 Oktober, 2012 di New York. (Don Emert / AFP / Getty Images)
Ombak melanggar rumah-rumah di sepanjang Pantai Peggoty Scituate, Massachusetts, pada 29 Oktober, 2012. (AP Photo / Elise Amendola)
Milford, Connecticut, Taufan Sandy melanda pada 29/10/12 (Reuters/Michelle McLoughlin)
Sungau Hudson melimpah dan membanjiri stesen keretapi Lackawanna di Hoboken, New Jersey, pada 29 Oktober, 2012. (AP Photo / Charles Sykes)
U.S. Route 30, White Horse Pike ketika dilanda Taufan Sandy pada 29/10/12 (Reuters/Tom Mihalek)
Ahli bomba dari Jabatan Bomba Freeport memadamkan kebakaran di rumah yang dibanjiri air di Freeport, New York, pada 29 Oktober, 2012. (Reuters / Shannon Stapleton)
Waves crash over Winthrop Shore Drive as Hurricane Sandy comes up the coast on October 29, 2012 in Winthrop, Massachusetts. (Darren McCollester/Getty Images)
Siasana di Manhattan diambil daripada Hoboken Pier pada 12.30pm 29/10/12 (© Joe Smolenski)
Taufan Sandy yang datang ke darat di Dewey Beach, Delaware menyebabkan jalan banjir pada 29 Oktober, 2012. (Reuters / Jonathan Ernst)
Sebuah bot feri bersejarah, Binghamton dibanjiri ombak di Sungai Hudson di Edgewater, New Jersey, pada 29 Oktober, 2012 apabila Taufan Sandy memukul Pantai Timur. (AP Photo / Craig Ruttle)
Bot terumbang-ambing di dok di sepanjang Sungai Hudson Greenway semasa ribut, pada 29 Oktober, 2012, di New York. (AP Photo / Jeffrey Furticella
Ombak besar melepasi tembok laut semasa peringkat awal Taufan Sandy di Kennebunk, Maine, pada 29 Oktober, 2012. (AP Photo / Robert F. Bukaty)
Seorang lelaki melalui jalan banjir semasa Taufan Sandy di Ocean City, Maryland, pada 29 Oktober, 2012. (Reuters / Lamarque Kevin)
Kita sepatutnya bersyukur kerana bencana alam seumpana ini tidak melanda negara kita Malaysia Jika tidak pasti akan banyak berlaku kerosakkan harta benda dan kehilangan nyawa. Untuk lebih banyak lagi gambar dan perkembangan tentang Taufan Sandy ini sila rujuk sumber kami.
No comments:
Post a Comment