Followers

Friday, November 2, 2012

Cara Berkesan Hilangkan Sedu Dengan Cepat




ARTICLE diperolehi dari blog Jejaka Terhangat ni yang berada di ranking pertama Google dengan keyword “Cara Hilangkan Sedu“.
Cara Berkesan Hilangkan Sedu Dengan Cepat


Menurut tips yang saya baca kat blog Jejaka Terhangat, cara berkesan untuk menghentikan sedu adalah dengan meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam badan kita. Karbon dioksida ni adalah gas yang kita keluarkan semasa menghembuskan nafas. Gas yang kita sedut tu adalah gas oksigen. Ke ada yang bernafas dengan menyedut gas karbon dioksida? Kalau ada korang ni spesies manusia pokok


Ok, sambung. Macam mana cara nak meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam badan kita? Caranya adalah dengan menyedut balik gas yang kita hembuskan tu. Ambik beg plastik atau yang seumpamanya (beg plastiklah senang), lepas tu bernafas dalam beg plastik tu. Tekap mulut dengan hidung sekali.


Cara saya buat, saya tarik nafas dalam-dalam dengan menggunakan hidung, lepas tu hembus perlahan-lahan melalui mulut. Ulang cara ni sampailah sedu tu hilang dengan sendirinya. Pastikan dah gosok gigi sebelum buat cara ni ye hehe.


Ni kali pertama buat macam ni bila nak hilangkan sedu. Betul-betul berkesan. Dalam 5 minit lebih kurang sedu saya hilang. Tapi masa menyedut tu rasa macam orang hisap gam pulak.


Kalau korang sedu nanti cubalah buat cara ni, insyaAllah berkesan


P/s: Jangan lama sangat sedut karbon dioksida dalam beg plastik tu, takut keracunan karbon dioksida pulak nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...