Followers

Tuesday, December 25, 2012

ANAK ADALAH ANUGERAH,AMANAH & UJIAN DARI ALLAH


ANAK ADALAH ANUGERAH...ANAK ADALAH AMANAH...ANAK JUGA UJIAN DARI ALLAH...

Ini adalah kisah nyata yang di alami seorang Syeikh (ayah tunggal) yang sangat alim. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang berusia 5 tahun. Pada suatu hari anak itu jatuh sakit, kemudian Syeikh membawanya berjumpa dengan doktor untuk mengetahui penyebab kenapa suhu badan anaknya naik secara tiba-tiba.

“Anak tuan ini mengidap penyakit kronik dan sukar untuk disembuhkan.” kata doktor itu kepada mereka.

Kesedihan menghimpit hati Syeikh yang soleh dan bertaqwa ini. Tapi, tidak lama kemudian dia di datangkan dengan lintasan yang mengingatkannya kepada hadis Rasulullah SAW , “...Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah” - Hadis Riwayat Baihaqi

Seperti setiap malam, rutin Syeikh ialah dia akan bangun untuk mengerjakan solat sunat tahajud dan berzikir. Kemudian dia mutuskan untuk berjalan mencari orang miskin untuk dia bersedekah. Tetapi dia tidak menemui sorang pun pada pagi itu. Mungkin disebabkan suasana pada pagi itu yang sangat dingin sehingga mungkin semua orang tertidur dan asyik dibuai mimpi, fikir syeikh. Akan tetapi kemudian dia ditemukan dengan seekor kucing cantik berwarna putih yang sedang asyik menyusui anak-anaknya. Kucing itu kelihatan macam keletihan dan kelaparan, lalu Syeikh pun pulang ke rumahnya untuk mengambil beberapa ekor ikan dengan bertujuan untuk diberikan kepada kucing tersebut dengan niat sedekah kerana ALLAH Ta'ala.

Setelah selesai memberi makan kepada kucing tersebut, Syeikh kemudian berjalan kembali ke masjid untuk melaksanakan solat subuh. Selepas selesai mengerjakan solat subuh Syeikh pun baring sejenak lalu tertidur. Tetapi dia telah bermimpi sesuatu yang aneh. Dia melihat seekor burung gagak berwarna hitam menyerang dan menerkam seorang anak, sementara anak itu menangis meminta tolong. Tiba-tiba muncul seekor kucing cantik berwarna putih yang bertindak garang menyerang burung gagak itu dan mencakar-cakarnya. Maka selamatlah anak itu.

Syeikh bangun pagi itu tanpa memperdulikan langsung akan mimpinya yang aneh itu. Akan tetapi, seperti biasanya sebulan sekali dia akan membawa anaknya menemui doktor untuk pemeriksaan.

Setelah dilakukan pemeriksaan rutin, doktor agak terkejut kerana didapati anaknya itu tidak lagi mengidap sebarang penyakit. Syeikh sangat gembira dengan keputusan itu...

Ketika jalan pulang Syeikh tiba-tiba teringat akan mimpinya sebelum ini dan sedekah yang telah dia lakukan secara sembunyi-sembunyi di tengah kegelapan malam. Dia bersyukur kepada ALLAH atas kurniaan itu. Anak itu pun membesar dan menjadi seorang pemuda yang bertaqwa, hafiz Al-Qur’an, bersuara merdu dan sangat penyayang.

MORAL OF THE STORY...

Mulai dari hari ini belajarlah untuk sentiasa bersedekah walaupun sedikit tetapi lakukanlah selalu. Insya ALLAH akan dipermudahkan dengan segala kemudahan didalam urusan harian kita. Ingatlah harta dan kekayaan yang kita miliki sekarang bukanlah hakmilik kekal kita kerana ianya hanyalah pinjaman daripada ALLAH Ta'ala..

Firman ALLAH yang bermaksud : “Orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan ALLAH) pada waktu malam dan siang secara sembunyi-sembunyi mahupun terang-terangan, maka mereka akan memperoleh ganjaran dari Tuhan mereka dan mereka tiada berasa takut dan tiada berdukacita”. - Surah Al-Baqarah, ayat 274

Firman ALLAH yang bermaksud : “Dan segala yang baik yang kamu belanjakan itu adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu nafkahkannya itu hanyalah mengharapkan keredhaan ALLAH dan segala yang baik yang kamu infaqkan itu akan dibalas ALLAH untuk kamu dan kamu tidak dirugikan”. - Surah Al-Baqarah, Ayat 272

Rasulullah SAW bersabda : “Orang-orang penyayang selalu disayang oleh ALLAH Yang Maha Penyayang. Sayangilah orang yang ada di bumi, maka kamu akan disayangi oleh yang ada di langit.” - Hadis Riwayat Thabrani

2 comments:

Adda said...

alhamdulillah..perkongsian yang best..mohon share lam blog saya boleh? www.vitaminsite.blogspot.com

Anonymous said...

saya mohon izin share entry ini di dalam fb saya ye..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...